Friday, June 14, 2013

Jalan Reko nama yang salah

Jalan Reko ialah jalan raya sepanjang kira-kira 10 km yang menghubungkan bandar Kajang dengan UKM.

Saya pernah mengatakan nama Reko itu salah. Yang betul ialah Jalan Rekoh, kerana dahulu ada tempat  bernama Rekoh berhampiran dengan UKM. Tapi  kesalahan itu sudah berlaku dan kekal hingga sekarang.

Dahulu, kira-kira  30 tahun dahulu, ketika UKM baru dibuka, Jalan Reko adalah satu jalan yang sunyi.  Di kiri kanannya masih ada estet dan kampung Melayu. Jalan itu merupakan jalan kecil dua lorong dan  jadi laluan bus SUM  yang selalu kosong dari Kajang ke pekan Dengkil.

Sekarang keadaan sudah  berubah. Jalan itu sudah dibesarkan, walaupun masih merupakan jalan dua lorong. Estet dan kampung Melayu sudah hilang, sudah berganti menjadi taman perumahan.

Di Jalan Reko juga sekarang ada perhentian bas yang besar, yang diberi nama Perhentian Kajang.  Perhentian bas itu pernah dianggap sebagai perhentian bas terbesar di Asia Tenggara (mungkin tidak betul lagi) dan  menempatkan  bas ekpres  untuk ke pelbagai tempat, sama ada ke utara, ke selatan dan pantai timur. Di bahagian atasnya pula terdapat Jabatan Pendaftaran, Imigresen, Pejabat Pos dll.

Di samping itu, di Jalan Reko juga ada pusat komersial yang besar yang diberi nama Reko Sentral. Di Reko Sentral pula terdapat pasar raya besar, Econsave yang selalu  jadi tumpuan ramai.

Selain itu, di Jalan Reko atau di kawasan Reko Sentral juga sekarang telah ada pasar larut malam(?) yang bermula pada pukul 10 malam dan berakhir pukul  3 atau 4  (?) malam.Pasar larut malam itu, yang dibuka pada tiap-tiap malam, kecuali malam Selasa,  sentiasa ramai dan meriah dan nampaknya masih  bertahan sampai sekarang.

1 comment:

  1. salam sejahtera..maaf mengganggu,harap tuan di dalam keadaan yang baik selalu.Kami selaku pelajar sekolah tingkatan 6,berhasrat ingin menghubungi tuan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kajian tuan berkenaan orang bugis di sabak bernam untuk melengkapkan pbs kami pada sesi 2014.kami berharap dapat maklum balas dari pihak tuan dengan kadar segera..hubungi kami melalui email qyralokman@yahoo.com / fb:qyra lokman.sekian..tq.

    ReplyDelete