Saturday, June 8, 2013

Informan kajian tentang orang Bugis di Selangor

Tidak lama dahulu saya ada menulis surat kepada Datuk Yusof  Hassan, bekas guru/wakil rakyat dan tokoh sejarah yang tinggal di Kuala Selangor. Saya memberi tahu beliau tentang rancangan saya hendak membuat kajian tentang orang Bugis di Selangor dan meminta beliau mencadangkan nama-nama informan yang boleh saya hubungi.

Oleh kerana beliau  telah mendapat kecederaan yang agak parah dalam  kemalangan kereta hampir setahun sebelum itu, beliau  telah menjawab surat saya melalui telefon, kerana katanya beliau belum boleh menaip surat.

Mengikut penerangan beliau, antara orang-orang yang boleh menjadi informan untuk kajian tentang orang Bugis di Selangor adalah seperti berikut:

a) Datuk Yusof Latif, bekas wakil rakyat yang tinggal di Batu 38,  Sabak  Bernam tentang orang Bugis di Sabak Bernam.

b) Cikgu Mat Din bin Yusof, seorang guru bersara  yang tinggal di Ujung Permatang, Kuala Selangor. Dia tinggal di sebuah rumah besar, iaitu rumah mertuanya yang terletak di belakang pam minyak Mobil.

c) Raja  Yunus bin Raja Suran, seorang pesara Jabatan Kerja Air, yang tinggal di alamat berikut:
          Teratak Hara,
           46, Jalan Raja Musa
           Taman Malawati
           Kuala Selangor.

Beliau pengerusi Persatuan Anak   Bugis Kuala Selangor yang mempunyai ahli kira-kira 700 orang. No. telefon beliau: 019- 3020335,

d) Encik Sharif bin Ramli, setiausaha Persatuan Anak  Bugis Kuala Selangor. Beliau bekerja di  Majlis Bandaran Kuala Selangor. No. telefon beliau 013-3332379.

e) Pak Din, penjaga makam Jugra, Kuala Langat. Rumah beliau di tepi sungai, di bahagian hadapan makam tersebut.

Saya berterima kasih kepada Datuk Yusof. Namun setakat ini saya belum memulakan kajian saya.

1 comment:

  1. Maaf, boleh saya bertanya adakah encik mempunyai no Datuk Yusof ? saya pelajar sejarah yang ingin menemuramah Datuk Yusof mengenai sejarah petempatan Bugis di Kuala Selangor tetapi saya tidak berjaya mendapatkan no tel beliau.

    ReplyDelete