Walaupun peristiwa itu sudah seminggu berlalu (berlaku pada 24 Mei 2013), saya masih agak trauma dan masih hairan bagaimana hal itu boleh berlaku.
Pada pagi itu saya pergi mengisi minyak dan angin sebagai persiapan untuk menghadiri Hari Keluarga Haji Miskun di Kuala Linggi. Saya sudah balik ke rumah dan hendak memasukkan kereta Alza yang baru sembilan bulan saya beli ke dalam garaj. Tiba-tiba selepas melepaskan brek, kereta saya meluncur laju dan saya terlupa langsung untuk menekan brek kaki. Akibatnya kereta saya meluncur laju, mungkin kerana saya tertekan minyak secara berterusan, dan kereta itu melanggar besi penghadang tepi jalan berhampiran dengan rumah saya.
Bagaimanakah saya hendak memahami hal ini? Setakat ini saya hanya menganggapnya sebagai ujian Allah, yang mengingatkan saya betapa kerdilnya dan lemahnya saya di hadapan-Nya.
Dalam masa sesaat, ingatan saya dilupakan-Nya dan berlakulah peristiwa yang agak mengerikan itu. Bahagian depan kereta saya
remuk teruk dan saya mungkin menunggu selama 2 bulan untuk mendapatkan kembali kereta yang dibaiki.
Berilah aku perlindungan dan petunjuk-Mu ya, Allah.
No comments:
Post a Comment