Oleh kerana pada zaman penjajahan dahulu, orang-orang dari Indonesia bebas merantau ke Tanah Melayu tanpa apa-apa sekatan, maka dalam tahun-tahun-tahun kebelakangn ini banyak sekali orang dari Indonesia yang datang ke negara ini tanpa melalui saluran yang sah.
Mereka tahu di Indonesia dan di Malaysia kini ada undang-undang imigresen yang memestikan mereka datang ke negara ini melalui saluran yang sah. Akan tetapi, mereka telah melanggar undang-undang itu dengan masuk secara haram.
Biasanya mereka masuk melalui jalan laut dengan menaiki tongkang atau motorbot, dan mendarat di tempat-tempat tertentu di Johor, Selangor dan negeri lain, yang sudah menjadi pengkalan untuk pendaratan secara haram.
Di Indonesia dan di Malaysia ada orang-orang yang dipanggil Tekong yang menolong menguruskan kemasukan mereka ke negara ini.
Kemasukan orang-orang dari Indonesia secara haram ini boleh dianggap sebagai lanjutan dari tradisi merantau yang bebas, yang tidak ada apa-apa sekatan, yang boleh dilakukan oleh orang-orang dari Indonesia pada masa yang lalu.
Namun, kini keadaan sudah berubah. Indonesia dan Malaysia sudah menjadi negara merdeka yang terpisah, yang mempunyai undang-undang imigresen masing-masing. Jadi mereka tidak lagi bebas datang ke negara ini seperti yang boleh dilakukan pada zaman pra-merdeka.
Oleh yang demikian, wajarlah orang-orang dari Indonesia datang ke negara ini secara legal atau mengikut undang-undang dan saluran yang sah. Jika mereka datang secara haram,mereka dipanggil pendatang haram dan boleh ditangkap dan dipenjarakan atau dikurung di tempat tahanan sebelum dihantar pulang ke Indonesia,
No comments:
Post a Comment