Setakat ini saya tidak tahu apakah alasan pentadbiran UM dan UKM menarik diri dari pencalonan kedudukan universiti Times Higher Education.
Akan tetapi, seperti Lim Kit Siang, saya berpendapat tindakan pentadbiran UM dan UKM itu tidak wajar, dan hanya menunjukkan ketidakmampuan kedua-dua universiti itu bertanding di peringkat antarabangsa.
Dalam masa terdekat mungkin kedua-dua universiti itu memang sukar untuk mendapat kedudukan dalam 100 universiti terbaik di dunia. Akan tetapi, apakah masalahnya?
Saya kira, yang penting adalah kedua-dua universiti itu harus berusaha memperbaiki kedudukannya sehingga mencapai kedudukan yang lebih baik dan lebih tinggi dari masa ke masa, dan bukan mengaku kalah atau mencari alasan yang bodoh dan dicari-cari!
No comments:
Post a Comment