Berita Harian hari ini (6/10/2014) memuatkan pendedahan anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh bahawa kononnya ada komplot luar, iaitu gerakan musuh Islam antarabangsa untuk menjatuhkan Haji Hadi dan Majlis Syura Ulama.
Saya tidak tahu adakah berita itu begitu penting sehingga dijadikan berita utama. Dan yang lebih penting lagi adakah apa yang didedahkan oleh Nik Mohamad Abduh itu sesuatu yang benar?
Bagaimanapun, Nik Mohamad Abduh tentu perlu membuktikan hal itu dan bukan sekadar mengemukakan dakwaan sahaja.
Bagi saya, sama ada hal itu benar atau tidak, Haji Hadi sebenarnya sudah terlalu lama menjadi pemimpin PAS dan dalam masa yang akhir-akhir ini tidak menunjukkan prestasi yang meyakinkan. Oleh itu, sama ada, ada komplot untuk menjatuhkanya atau tidak, beliau sepatutnya sudah patut mengundurkan diri daripada pucuk pimpinan PAS. Biarlah pemimpin muda yang lebih berwibawa mengambil alih tempat beliau.
Tentang Majlis Syura Ulama pula, kita pun tidak melihat mereka merupakan orang-orang yang berwibawa. Mereka barangkali ulama, tapi bukanlah ulama yang faham sangat tentang politik. Oleh itu kadang-kadang pendirian mereka pun kelihatan songsang dan tidak sesuai dengan keadaan politik semasa.
Malah, sama ada usaha untuk melemahkan kedudukan mereka ada atau tidak, mereka pun sebenarnya tidak mampu memperkuatkan PAS.
No comments:
Post a Comment