Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur sebenarnya tidak terletak di Jalan Chow Kit, walaupun ia berhampiran dengan jalan tersebut. Ia terletak di Jalan Raja Bot dan berhampiran dengan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Pada awal tahun 1970-an saya pernah tinggal di hujung Jalan Raja Bot, berhampiran dengan Sungai Bonus. Pasar Chow Kit menjadi tempat saya membeli ikan, sayur dan buah-buahan, kerana harga barang di pasar itu memang agak murah. Keadaan ini agaknya berlanjutan sehingga tahun 1980-an, setelah saya berpindah ke Semenyih.
Pada masa ini harga barang-barang di pasar itu tidaklah murah lagi. Namun pasar itu masih menjadi tumpuan orang-orang Melayu yang tinggal di Kampung Baru dan kawasan sekitarnya.
Bagaimanapun, kerana ia terletak di Jalan Raja Bot dan bukan di Jalan Chow Kit, nama pasar itu patutlah ditukar kepada Pasar Raja Bot.
No comments:
Post a Comment