Benarkah orang Melayu sekarang merasa terancam atau merasa tidak selamat di tanah air mereka? Saya tidak pasti. Akan tetapi, jika benar ada orang Melayu yang mempunyai tanggapan yang demikian, apakah sebabnya?
Meminjam kata-kata A.Samad Said, sasterawan negara, bukakankah kita sekarang berada di bawah pemerintahan Melayu dan parti Melayu (UMNO)? Apakah yang dilakukan oleh parti itu selama lebih 50 tahun?
Jika parti berkenaan berjaya melindungi kepentingan orang Melayu, saya kira tentu orang Melayu tidak merasa terancam atau tidak selamat.
Mungkin sekali pemimpin dan parti berkenaan tidak mampu atau telah gagal melindungi dan membela kepentingan orang Melahyu. Kerana itulah, jika benar, ada orang Melayu yang merasa terancam dan tidak selamat.
Jika benar demikian, mungkin pemimpin dan parti itulah yang patut ditolak oleh orang-orang Melayu.
No comments:
Post a Comment