Ada orang berpendapat bahawa BN mungkin akan lebih sukar menawan Selangor setelah jawatan MB negeri itu bertukar tangan daripada Khalid kepada Azmin.
Walaupun hal itu satu kemungkinan saja, tapi saya kira kemungkinan itu memang ada dan mungkin besar pula.
Semua orang saya kira tahu bahawa walaupun Khalid seorang yang pandai dalam ekonomi, tapi dia bukanlah orang yang pandai dalam politik. Bercakap pun dia gagap. Dan saya kira dia memang tak sesuai langsung menjadi orang politik.
Azmin jelas berbeza daripada Khalid. Azmin seorang ahli politik yang berpengalaman. Baru beberapa hari saja menjadi MB, kita tahu dia memang sesuai memang jawatan itu. Sebagai ahli poliik jelas dia lebih bijak dan berkarisma dari Khalid.
Mungkin dia sudah lama merancang bahawa dia hendak meniru gerak langkah Jokowi, Presiden Indonesia. Dia mahu banyak turun padang dan tidak menumpukan masa di pejabat saja,.
Ini jelas langkah Amin yang smart. Gerak langkahnya mungkin akan lebih menyerlah. Dia akan menjadi tokoh politik yung popular dan diminati ramai.
Memang besar kemungkinan pelantikan Azmin sebagai MB akan lebih menyukarkan BN menawan balik negeri Selangor dan dengan itu BN akan terus jadi pembangkang di negeri itu..
No comments:
Post a Comment