Ketika KLIA sedang dibina pada tahun 1980-an dahulu ribuan buruh asing yang kebanyakannya terdiri daripada Indon pendatang haram telah digunakan di situ. Tidak ada sesiapa yang mempertikaikannya, mungkin kerana lapangan terbang itu perlu disiapkan segera mengikut jadualnya.
Pada masa ini adakah taman perumahan, bangunan komersal dan pejabat yang dibina tanpa menggunakan buruh asing?
Berapa banyak ladang, kilang, stesyen minyak dan rumah orang kelas menengah dan atas yang menggunakan buruh asing?
Berapa banyak tandas di komples membeli belah yang menggunakan buruh asing?
Berapa banyak restoran atau kedai makan yang menggunakan buruh asing?
Suatu masa dulu ada rancangan untuk melatih wanita tempatan menjadi pembantu rumah supaya boleh mengganti pembantu rumah Indon dan Filipina yang jumlahnya beratus ribu sekarang. Akan tetapi, nampaknya rancangan itu tinggal rancangan saja, kerana memang tidak ada wanita tempatan yang mahu menjadi pembantu rumah. Daripada menjadi pembantu rumah wanita tempatan jelas lebih suka bekerja di kilang.
Jadi pada kenyataannya, peranan buruh asing memang penting dan memang diperlukan di negara ini. Tanpa kehadiran mereka pembinaan bangunan akan terbengkalai, ladang-ladang terpaksa ditutup dan kilang-kilang akan kekurangan pekerja.Nenek-nenek di kampung mungkin terpaksa menjaga cucu, kerana ibu cucu mereka perlu bekerja di bandar.
Oleh itu kita tidak perlu menunjukkan sikap anti buruh asing dan membenci buruh asing. Kita sebenarnya bergantung kepada mereka. Tanpa kehadiran mereka pembangunan negara akan terbantut.
Kita sebenarnya perlu melayan mereka dengan baik. Dan anggaplah mereka sebagai tetamu kita.
No comments:
Post a Comment