Bandar Baru Bangi sangat dekat dengan UKM, tidak jauh dari UPM, dan boleh dikatakan tidak jauh juga dari USIM dan KUIS.
Sebuah bandar yang sangat dekat dengan beberapa universiti ini sepatutnya boleh menjadi " bandar ilmu", di mana terdapat banyak kedai buku besar, perpustakaan dll. Akan tetapi, nampaknya tidak demikian.
Memang di bandar ini ada beberapa buah kedai buku. Akan tetapi, kedai buku yang utama nampaknya ialah kedai buku teks sekolah dan kedai buku agama. Malah agak menarik, sebuah cawangan kedai buku besar, yang sepatutnya lebih banyak menjual buku umum pun, dipenuhi dengan buku agama juga!
Kedai buku DBP sudah ada di bandar ini. Akan tetapi, agaknya terletak di tempat yang tidak begitu strategis dan kurang didatangi pengunjung.
Perpustakaan awam memang ada di bandar ini. Tapi saya tidak tahu seramai mana pengunjungnya.
Mengapakah terjadi demikian? Barangkali mahasiswa kurang membaca atau sekadar membaca buku di perpustakaan universiti ala kadarnya. Mereka hampir pasti kurang sekali membeli buku. Orang awam pula barangkali tidak begitu berminat membaca buku, kecuali novel popular dan buku agama. Dengan itu, tidak muncullah kedai buku besar yang menjual pelbagai jenis buku.
Jadi begitulah keadaan Bandar Baru Bangi sekarang. Ia penuh dengan kedai makan, kedai pakaian dan kedai tudung.
Memang belum kelihatan akan menjadi bandar ilmu!
𝘗𝘶𝘯𝘥𝘦𝘬 𝘬𝘢𝘶 𝘭𝘢..𝘬𝘰 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘨𝘪, 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘬𝘰 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢.
ReplyDelete