Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur sebenarnya tidak terletak di Jalan Chow Kit, walaupun ia berhampiran dengan jalan tersebut. Ia terletak di Jalan Raja Bot dan berhampiran dengan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Pada awal tahun 1970-an saya pernah tinggal di hujung Jalan Raja Bot, berhampiran dengan Sungai Bonus. Pasar Chow Kit menjadi tempat saya membeli ikan, sayur dan buah-buahan, kerana harga barang di pasar itu memang agak murah. Keadaan ini agaknya berlanjutan sehingga tahun 1980-an, setelah saya berpindah ke Semenyih.
Pada masa ini harga barang-barang di pasar itu tidaklah murah lagi. Namun pasar itu masih menjadi tumpuan orang-orang Melayu yang tinggal di Kampung Baru dan kawasan sekitarnya.
Bagaimanapun, kerana ia terletak di Jalan Raja Bot dan bukan di Jalan Chow Kit, nama pasar itu patutlah ditukar kepada Pasar Raja Bot.
Thursday, October 23, 2014
Wednesday, October 22, 2014
Orang Melayu bukan pendatang
Dalam tulisan terdahulu saya sudah tegaskan bahawa orang Melayu bukan pendatang di negara ini, walaupun datuk nenek mereka dahulu berhijrah dari negara yang kini dikenali sebagai Indonesia. Sebabnya ialah sebelum Indonesia wujud sebagai negara yang merdeka pada tahun 1945, negara Indonesia dan Malaysia belum wujud sebagai negara yang berasingan. Yang wujud pada masa itu adalah sebuah wilayah budaya yang dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara, walaupun telah dibelahbagikan oleh penjajah Inggeris dan Belanda. Namun, penduduk Alam Melayu adalah satu bangsa serumpun, iaitu Rumpun Melayu. Jadi jika orang Minangkabu, Jawa atau Bugis berhijrah ke Tanah Melayu, mereka adalah berpindah dalam satu wilayah budaya yang sama, samalah seperti orang Cina yang berpindah dari Shanghai ke Taiwan, atau orang India berpindah dari Madras ke Bombay.
Yang lebih penting lagi adalah sejak abad ke-15 orang-orang dari Rumpun Melayu, yang berasal dari kepulauan lain di Alam Melayu itu, sama ada orang "Melayu", Minangkabau atau Bugis, telah membentuk satu struktur politik yang mantap, dan telah menjadi raja atau pemerintah di Melaka, Pahang, Johor, Perak dan lain-lain. Dengan itu, di Tanah Melayu yang terdiri daripada beberapa negeri itu telah wujud "negeri Melayu" dengan raja dan pemerintah Melayu.
Dalam hubungan ini,perlu dijelaskan bahawa Orang Asli memang penduduk asal negeri ini. Akan tetapi, mereka tidak pernah membentuk suatu struktur politik yang boleh dianggap sebagai sebuah negeri, Tidak ada di antara mereka yang menjadi Raja atau Sultan. Tetapi sebaliknya mereka telah menjadi rakyat kepada raja-raja Melayu.
Orang Cina dan India memang jelas datang dari negara atau wilayah budaya yang lain di luar Alam Melayu. Mereka bukan bangsa serumpun dengan bangsa Melayu. Oleh itu, merekalah pendatang, dan bukan bangsa Melayu.

Siapa Pendatang? (2)
Ketika orang Cina dan India datang ke Tanah Melayu dan Singapura (atau disebut juga Malaya ketika itu ) pada abad ke-19, di negara ini sudah ada sistem politik Melayu yang mantap, sudah ada raja dan pemerintah Melayu.
Negara ini juga dikenali sebagai Tanah Melayu atau negeri Melayu.
Apabila orang-orang dari seberang (dari Sumatera, Jawa, Kalimantan dll) datang ke Tanah Melayu, mereka diterima oleh Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada masa itu sebagai sebahagian orang Melayu, dan orang-orang itu diterima oleh raja-raja Melayu sebagai rakyat negeri mereka. Sebabnya mereka datang dari wilayah budaya yang sama, iaitu Alam Melayu atau Nusantara, dan mereka memang merupakan satu bangsa yang dianggap serumpun.
Orang-orang Cina dan India pula pada masa itu datang ke Tanah Melayu untuk mencari makan, dan mereka pada umumnya memang belum mahu menjadi penduduk tetap di negara ini.
Sebagai pendatang, mereka tentu mengiktiraf kedudukan dan kedaulatan raja-raja Melayu, walaupun mereka bukan rakyat raja-raja berkenaan. Ketika itu orang Melayulah yang menjadi tuan dan raja yang disembah oleh semua penduduk negara ini, termasuk orang-orang yang datang dari luar Alam Melayu.
Oleh itu jika orang-orang yang datang dari luar Alam Melayu itu dianggap sebagai pendatang, maka itu memang merupakan fakta sejarah yang tidak perlu dinafikan atau dimungkiri.

Siapa pendatang?
Sekarang istilah pendatang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang datang dari Indonesia dan negara lain dalam tahun-tahun kebelakangan ini (khasnya sejak tahun 1970-an).
Ada yang datang secara illegal. Maka kita namakan mereka "pendatang haram" atau dihaluskan menjadi "pendatang tanpa izin".
Adakah orang-orang dari Indonesia yang datang ke Malaysia pada tahun-tahun yang lebih awal, (sejak abad ke-16 hingga awal abad ke-20), boleh dipanggil pendatang juga?
Pada pendapat saya istilah pendatang itu tidak tepat dan tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada mereka.
Dari segi sejarah, sebelum tahun 1945, negara Indonesia dan Malaysia belum wujud sebagai negara yang berasingan. Indonesia dan Malaysia pada masa itu adalah satu wilayah budaya yang disebut Alam Melayu atau Nusantara, walaupun dijajah oleh penjajah yang berlainan. Penduduknya adalah satu bangsa serumpun.
Jadi jika orang dari Jawa, Bugis atau Minang berhijrah ke Tanah Melayu, mereka berhijrah dalam satu wilayah budaya yang sama. Samalah seperti orang Cina berhijrah dari Shanghai ke Taiwan, atau orang India berpindah dari Madras ke Bombay.
Oleh itu, orang dari Indonesia yang datang ke Malaysia pada masa itu bukan "pendatang". Mereka penduduk Alam Melayu yang berpindah dalam satu wilayah budaya yang sama dan merupakan bangsa serumpun. Pendatang pada masa itu ialah orang-orang yang datang dari luar Alam Melayu
Kebetulan orang-orang yang berhijrah dari Indonesia itu (seperti Bugis dan Minangkabau) telah menjadi raja atau pemerintah di negara ini. Mereka diiktiraf sebagai raja atau pemerintah oleh orang-orang yang datang dari negara Cina dan India dan oleh pendatang dari Barat juga.
Dengan itu, orang Melayu di Malaysia sekarang bukan pendatang atau keturunan pendatang, walaupun datuk nenek mereka datang dari negara yang sekarang disebut Indonesia. Sebaliknya mereka adalah tuan dan raja negara ini, sejak dulu hingga sekarang.

Tuesday, October 21, 2014
Apa hubungan kempen menyentuh anjing dengan Islam Liberal?
Saya memang tidak berminat dengan anjing. Apalagi di sekitar rumah saya banyak anjing liar atau anjing tidak bertuan yang berkeliaran dan berak bersepah-sepah di sana sini. Ketika saya hendak pergi ke surau dengan berjalan kaki pula,kadang-kadang ada anjing liar itu yang menyalak ke arah saya, walaupun dia tidak berani mendekat.
Oleh itu, apabila baru-baru ini ada kempen yang dilancarkan oleh puak-puak tertentu untuk menggalakkan orang ramai menyentuh anjing sudah tentu saya juga tidak berminat.
Bagaimanapun, saya berminat dengan isu ini apabila kemudian banyak pula komen dan tanggapan daripada tokoh-tokoh dan pihak yang berkuasa agama. Komen mereka umumnya tentu saja sangat negatif. Mengikut mazhab Shafie yang menjadi pegangan mereka, menyentuh anjing adalah haram dan pihak-pihak yang menganjurkan kempen itu haruslah bertaubat.
Di samping itu, ada juga yang mengaitkan kempen menyentuh anjing itu dengan agenda golongan yang dikatakan mahu menyebarkan fahaman Islam liberal dan pluralisme di negara ini. Entah betul entah tidak, hal itu perlu penelitian dan penyiasatan lebih lanjut.
Setakat ini, di negara kita,setahu saya, tidak ada orang-orang yang mengaku sebagai Islam liberal. Ini barangkali kerana di negara kita Islam liberal dianggap "sesat" dan masih ditakuti seperti hantu.
Bagaimanapun, saya kira selagi ulama kira bersikap jumud dan tertutup, dan hanya berpegang kepada Mazhab Shafie, penentangan daripada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan hal itu akan tetap ada dan sentiasa ada. Dan Islam Liberal adalah "fahaman tandingan" kepada fahaman agama yang jumud dan tertutup itu.

Monday, October 20, 2014
Takziah atas berpulangnya Prof.Emeritus Pendita Ismail Hussain.
Saya mendapat tahu Prof.Emeritus Pendita Ismail Hussain berpulang ke rahmatullah malam ini.
Beliau sebenarnya tidak mengenali saya, kerana kami tidak pernah berkenalan secara dekat. Bagaimanapun, ada dua perkara mengenai beliau yang berkaitan dengan saya, yang selalu dalam ingatan saya.
Pertama, ketika manuskrif buku saya Paya Jejawi sedang dipertimbangkan oleh DBP untuk diterbitkan, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan, dan saya difahamkan beliaulah yang menyokong kuat supaya buku itu diterbitkan.
Kedua, saya tidak menjadi anggota mana-mana persatuan penulis, tetapi pada masa yang lalu berminat menghadiri Hari Sastera anjuran GAPENA yang dipimpin oleh beliau. Sebagai orang yang tidak menjadi anggota mana-mana persatuan penulis, saya tentu tidak dijemput menyertai Hari Sastera tersebut. Bagaimanapun, apabila saya meminta untuk menyertai Hari Sastera yang diadakan di Pahang dan Melaka pada tahun 1990-an dahulu, beliau sendirilah yang menjawab surat saya, dan bukan Setiausaha GAPENA. Beliau mengalu-alukan saya menjadi peserta aktif.
Kepada keluarga beliau, saya mengucapkan takziah atas kepulangan beliau ke rahmatullah. Semoga roh beliau dirahmati Allah dan di tempatkan di sisi orang-orang yang salleh.

Wednesday, October 8, 2014
Mengapa takut tokoh Islam Liberal datang?
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menentang keras kehadiran Ulil Abshar Abdillah, tokoh Islam Liberal dari Indonesia pada 18/10/2014 yang akan datang. Alasannya " tidak sesuai dan kelihatan mencabar autoriti agama".
Alasan PUM ini sebenarnya naif sekali. Mungkin anda tidak bersetuju dengan fahaman dan gerakan Islam Liberal yang didukung oleh Ulil. Akan tetapi, apakah anda tidak mampu berhadapan dan berdebat dengannya?
Jika fahaman Islam Liberal itu salah, inilah peluang anda mendedahkan kesalahan itu. Jadi mengapa takut Ulil datang?

Subscribe to:
Posts (Atom)