Sebatang jalan yang menghubungkan bandar Kajang dengan UKM kini diberi nama Jalan Reko. Saya tidak tahu bagaimana nama Jalan Reko ini boleh timbul dan sejak bila ia digunakan.
Akan tetapi, saya sudah berulang kali menyatakan dalam blog ini dan blog saya yang lain, bahawa nama nama Jalan Reko itu salah, tidak bermakna dan tidak jelas asal usulnya.
Jalan Reko sepatutnya dinamakan Jalan Rekoh. Ini kerana, pada masa dahulu, di kawasan stesen LRT berhampiran UKM sekarang ada sebuah pekan bernama Rekoh. Jadi jalan yang menghubungkan Kajang dengan UKM, yang melalui stesen LRT itu sepatutnya diberi Jalan Rekoh, bukan Jalan Reko.
Tidak jauh dari stesen LRT itu ada sebuah anak sungai yang dahulu diberi nama Sungai Rekoh, walaupun papan tandanya mungkin sudah hilang.
Jadi nama Jalan Reko patut dibetulkan dan ditukar kepada Jalan Rekoh. Atau mungkin boleh juga diubah kepada Jalan Universiti, kerana ia menghubungkan bandar Kajang dengan sebuah universiti (UKM).
No comments:
Post a Comment