Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, khasnya ketika hubungan antara PAS, DAP dan PKR begitu erat, perasmian Perhubungan PAS oleh Presidennya Haji Hadi Awang pada tahun ini tidak dihadiri oleh pemimpin tertnggi DAP dan PKR.
Hal ini tentu tidak menghairankan, kerana isu penggantian MB Selangor telah menimbulkan perbezaan pendapat dan pendirian serta pergeseran di kalangan parti-parti yang berkenaan, khasnya antara PAS dengan DAP.
Kita barangkali boleh menganggap hubungan antara PAS di satu pihak dengan DAP dan PKR di satu pihak lagi memang telah renggang, walaupun mereka masih bersama dan belum mahu memecahkan perpaduan antara mereka
Akan tetapi, hal ini juga menunjukkan pemimpin tertinggi DAP dan PKR tidak memperlihatkan kematangan mereka . Sekirangya mereka ingin menunjukkan kematangan mereka , sepatutnya pada masa inilah pemimpin tertinggi DAP dan PKR patut hadir menunjukkan muka menghadiri perasmian Perhimpunan Agung PAS.
Mungkin dengan menghadiri perasmian Perhimpunan Agung PAS itu perhubungan antara mereka dapat dirapatkan kembali, walaupun hanya di permukaan saja.
No comments:
Post a Comment