Sejak MB Selangor yang petama, yang dipilih melalui pilihan raya, semua MB Selangor terdiri daripada anak Selangor. Memang tidak semuanya merupakan tokoh yang hebat dan berkarisma, tapi itulah pilihan rakyat Selangor pada satu-satu masa.
Kini ada cadangan untuk melantik orang luar atau bukan anak Selangor sebagai MB Selangor. Kerana permainan politik, cadangan ini telah disokong oleh majoriti ADUN Selangor.
Akan tetapi, cadangan ini saya rasa aga aneh. Bukan sahaja pada masa yang lalu semua MB Selangor terdiri daripada anak Selangor, pada masa ini semua MB dan Ketua Menteri negeri lain, kecuali Pulau Pinang, terdiri daripada anak negeri masing-masing.
Oleh yang demikian, saya rasa tidaklah begitu logik MB Selangor dilantik dari kalangan bukan anak Selangor. Selangor sebenarnya tidak kekurangan orang yang layak memegang jawatan itu, walaupun kedudukan mereka dalam DUN agaknya tidak begitu menyerlah.
MB Selangor patut dilantik dari kalangan anak Selangor juga, seperti MB dan Ketua Menteri negeri-negeri yang lain.
No comments:
Post a Comment