Siapakah yang akan dilantik oleh Istana sebagai MB Selangor yang baru?
Saya kira Istana akan memperlihatkan kebijaksanaannya jika Azmin yang dilantik sebagai MB. Ini adalah kerana Azmin adalah Timbalan Presden PKR. Sekiranya Istana tidak mahu melantik Wan Azizah sebagai MB, maka orang yang patut dilantik memegang jawatan itu tentulah Azmin, yang kedudukannnya No, 2 dalam PKR.
Adakah PKR dan DAP masih bertegas mahukan Wan Azizah dan bukan orang lain sebagai MB?
Saya tidak pasti. Akan tetapi, mereka tentu tidak wajar menolak Azmin yang merupakan tokoh penting dalam PKR. Saya kira adalah untuk kebaikan rakyat Selangor dan mereka juga, jika mereka menerima dan menyokong Azmin sebagai MB Selangor yang baru.
No comments:
Post a Comment