Setelah gagal mengadakannya pada tahun yang lalu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bersama-sama dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor dan PADAT mengadakan Seminar Sejarah Daerah Hulu Langat Ke-3 pada 28/8/2014.
Tahniah diucapkan kepada MPKJ yang menjadi penganjur utama.
Bagaimanapun, saya tidak hadir kerana tidak pasti seminar ini untuk siapa dan siapa pembentang kertas kerjanya.
Sunday, August 31, 2014
Sunday, December 22, 2013
Persidangan Kemuncak Sejarah Malaysia
Setelah agak lama tidak menghadiri mana-mana persidangan atau seminar, pada 17 dan 18 Disember 2013 yang lalu saya menghadiri Sidang Kemuncak Sejarah Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di bangunan Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.
Kebetulan Khazin Tamrin bekas pensyarah sejarah UKM yang kini bertugas di UPSI menghadiri persidangan tersebut. Jadi saya dapat pergi dengan menumpang kereta beliau.
Satu perkara yang amat menarik, malah merupakan satu sejarah di Malaysia, persidangan ini telah memberi ruang yang luas untuk sarjana dari bidang sains sosial yang lain (antropologi, sosiologi, komunikasi, sains politik dll) turut berpartisipasi. Malah Shamsul Amri Baharudin, profesor ulung yang diberi penghormatan untuk menyampaikan ucap utama adalah seorang ahli antropologi.
Cuma agak disayangkan seorang profesor sejarah yang kanan dan saya minati, yang telah disenaraikan sebagai seorang pembentang kertas kerja tidak menghadirkan diri. Kami tidak diberitahu mengapa. Adakah kerana beliau tidak diberi peluang untuk menyampaikan ucap utama?

Majlis tahlil dan doa selamat
Pada 21 Disember 2013 yang lalu saya mengadakan majlis tahlil dan kenduri doa selamat di rumah saya. Majlis ini saya adakan sempena khatam Quran dua orang cucu saya dan bersunat seorang cucu saya. Perbelanjaan ditanggung bersama oleh saya dan dua orang anak saya, Nahlia dan Lazuardi, lebih daripada RM1,000.
Sebagaimana biasa, kehadiran jiran dari Taman Bangi dan Taman Sahabat, kira-kira 50 persen saja. Mujurlah ada kira-kira 25 orang pelajar dan ustaz kelas tahfiz dari Taman Seri Langat yang meramaikan majlis ini, di samping beberapa orang kawan dari luar, saudara mara terdekat.
Di samping itu, kehadiran adik-adik isteri saya bersama keluarga masing-masing, dari jauh dan dekat, yang ramai bilangannya telah memeriahkan lagi majlis ini.
Terima kasih kepada anda semua yang memberi kerjasama dan sokongan kepada majlis ini.

Friday, November 22, 2013
Makanan halal yang mahal di Ho Chin Minh
Dari 18/11/2013 hingga 21/11/2013 saya melancong ke bandar Ho Chi Minh bersama isteri, Monaleha (anak) dan Aimi Suhaili (cucu). Kami menaiki pesawat Air Asia.
Ketika berada di dalam kapal terbang, saya terkejut juga kerana lebih separuh daripada penumpangnya ialah orang Melayu. Nampaknya ramai benar orang Melayu yang hendak melancong ke Ho Chi Minh.
Kami menginap di hotel Saigon Fink 2 yang letaknya tidak jauh dari Pasar Ben Tanh yang merupakan tempat membeli belah utama di bandar itu. Rupanya hotel itu dan beberapa hotel lain di sekitarnya penuh dengan orang Melayu dari Malaysia.
Kehadiran pengunjung dari Malaysia memang sangat ketara di bandar itu. Dari pagi hingga malam kita dapat menyaksikan muka-muka orang Malaysia yang begitu ramai di Pasar Ben Tanh dan kawasan sekitarnya.
Ho Chi Minh nampakanya memang merupakan tempat shopping yang menarik bagi kaum wanita yang ingin membeli baju kurung yang cantik, baju jubah, telekong dan kain bahan baju yang harganya tidak begitu mahal.
Di kawasan hotel tempat tinggal saya pula ada empat buah kedai makan Muslim yang menghidangkan makanan halal. Sayangnya harga makanan terlalu mahal. Sekeping roti canai berharga kira-kira RM, sepinggan nasi lemak, bihun dan nasi goreng pula berharga kira-kira RM16.50.

Friday, November 15, 2013
Mengenang Haji Suhaimi Said
Saya mengenali Haji Suhaimi Said pada tahun 1982 yang lalu, ketika saya mula menjalankan kajian di Temerloh untuk mengumpul bahan bagi tesis Ph.D saya, yang kemudiannya diterbitkan dengan tajuk Paya Jejawi: Satu Kajian Antropologi Politik.
Saya bertemu dengan beliau beberapa kali, termasuk sekali di pejabat beliau pada waktu malam atas jemputan beliau. Beliau banyak memberi maklumat tentang Kampung Lubuk Kawah, kampung tempat beliau dilahirkan.
Sayangnya selepas itu, saya tidak bertemu lagi dengan beliau kerana barangkali tidak ada keperluan saya menemui beliau. Begitu juga beliau mungkin tidak menganggap ada apa-apa keperluan untuk bertemu dengan saya.
Pada tahun 1998 saya ada menemui beliau di pejabatnya, ketika saya berkunjung ke Temerloh selepas pilihan raya umum pada tahun tersebut. Saya menemuramah beliau untuk mengetahui perkembangan politik Temerloh ketika itu, berikutan dengan kemengan calon PAS sebagai ADUN Kuala Semantan (bandar Temerloh).
Sayangnya pertemuan itu terlalu formal dan tidak mesra. Jadi saya pun tidak menghubungi beliau lagi selepas itu.
Baru-baru ini saya memang mengetahui beliau sakit setelah membaca tulisan beliau di facebook. Akan tetapi, saya pun tidak mengambil kesempatan untuk mengunjungi beliau ketika beliau dirawat di HUKM.
Dengan berpulangnya beliau kerahmatullah baru-baru ini, saya ingin mendoakan semoga roh beliau dirahmati Allah dan beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang saleh. Jasa dan pertolongan beliau ketika saya menjalankan kajian dahulu tidak saya lupakan, walaupun hubungan kami tidak rapat dan sudah terputus. Al fatihah.

Monday, October 7, 2013
Undangan yang tidak kunjung tiba
Sudah lama saya merancang hendak menghadiri Kongres Budaya Banjar Ke-3 yang mengikut perancangan akan diadakan pada tahun 2013. Saya akan pergi, walaupun dengan perbelanjaan sendiri. Yang saya perlukan hanyalah undangan atau pemberitahuan tentang kongres tersebut.
Akan tetapi hingga ke saat akhir, undangan atau pemberitahuan nampaknya tidak juga datang.
Saya tentunya tahu Kongres itu mulanya akan diadakan pada bulan April, kemudian ditunda ke bulan Ogos, lepas itu ditunda ke bulan September , dan akhirnya dimuktamatkan pada bulan Oktober (dikatakan dari 23 hingga 25 Oktober 2013).
Saya juga tahu pemimpin PBM ada diundang, dan mereka telah merancang untuk membawa 22 orang ahli ke Banjar bersempena dengan Kongres itu.
Saya tentunya boleh pergi mengikut rombongan PBM. Akan tetapi, tanpa undangan langsung kepada saya, saya rasa lebih baiklah saya tidak pergi. Memang saya agak kecewa kerana tidak pergi. Tapi saya rasa itulah sikap yang wajar saya ambil.

Subscribe to:
Comments (Atom)