Dari 18/11/2013 hingga 21/11/2013 saya melancong ke bandar Ho Chi Minh bersama isteri, Monaleha (anak) dan Aimi Suhaili (cucu). Kami menaiki pesawat Air Asia.
Ketika berada di dalam kapal terbang, saya terkejut juga kerana lebih separuh daripada penumpangnya ialah orang Melayu. Nampaknya ramai benar orang Melayu yang hendak melancong ke Ho Chi Minh.
Kami menginap di hotel Saigon Fink 2 yang letaknya tidak jauh dari Pasar Ben Tanh yang merupakan tempat membeli belah utama di bandar itu. Rupanya hotel itu dan beberapa hotel lain di sekitarnya penuh dengan orang Melayu dari Malaysia.
Kehadiran pengunjung dari Malaysia memang sangat ketara di bandar itu. Dari pagi hingga malam kita dapat menyaksikan muka-muka orang Malaysia yang begitu ramai di Pasar Ben Tanh dan kawasan sekitarnya.
Ho Chi Minh nampakanya memang merupakan tempat shopping yang menarik bagi kaum wanita yang ingin membeli baju kurung yang cantik, baju jubah, telekong dan kain bahan baju yang harganya tidak begitu mahal.
Di kawasan hotel tempat tinggal saya pula ada empat buah kedai makan Muslim yang menghidangkan makanan halal. Sayangnya harga makanan terlalu mahal. Sekeping roti canai berharga kira-kira RM, sepinggan nasi lemak, bihun dan nasi goreng pula berharga kira-kira RM16.50.
No comments:
Post a Comment