Pada 21 Disember 2013 yang lalu saya mengadakan majlis tahlil dan kenduri doa selamat di rumah saya. Majlis ini saya adakan sempena khatam Quran dua orang cucu saya dan bersunat seorang cucu saya. Perbelanjaan ditanggung bersama oleh saya dan dua orang anak saya, Nahlia dan Lazuardi, lebih daripada RM1,000.
Sebagaimana biasa, kehadiran jiran dari Taman Bangi dan Taman Sahabat, kira-kira 50 persen saja. Mujurlah ada kira-kira 25 orang pelajar dan ustaz kelas tahfiz dari Taman Seri Langat yang meramaikan majlis ini, di samping beberapa orang kawan dari luar, saudara mara terdekat.
Di samping itu, kehadiran adik-adik isteri saya bersama keluarga masing-masing, dari jauh dan dekat, yang ramai bilangannya telah memeriahkan lagi majlis ini.
Terima kasih kepada anda semua yang memberi kerjasama dan sokongan kepada majlis ini.
No comments:
Post a Comment