Kalau tidak salah, pemimpin PAS yang awal bukanlah dari kalangan ulama. Misalnya Dr.Burhanuddin dan Datuk Asri yang pernah menjadi presiden PAS dalam masa yang panjang bukanlah dari kalangan ulama.
PAS hanya mulai dipimpin oleh ulama apabila Haji Hadi Awang menjadi presiden PAS pada tahun 1980-an. Ini ialah kerana pengaruh revolusi Iran.
Iran memang dipimpin oleh ulama. Akan tetapi, ulama Iran bukan tahu ilmu agama saja seperti ulama di Malaysia. Ulama mereka tahu ilmu falsafah, ekonomi, sains sosial dan lain-lain.Oleh itu mereka layak menjadi Presiden atau Perdana Menteri.
PAS memang boleh dipimpin oleh ulama. Akan tetapi, apakah ertinya jika pemimpin ulama tidak layak memegang jawatan Perdana Menteri?
Oleh itu pemimpin PAS mungkin tidak perlu dari golongan ulama. Sesiapa yang berkelayakan boleh memimpin parti itu, asalkan dia seorang yang berkebolehan dan berkalibar untuk menjadi Perdana Menteri.
Wednesday, October 8, 2014
Monday, October 6, 2014
Apa salahnya Pesta Arak?
Tentu tidak banyak, malah mungkin hampir tidak ada orang Melayu/Islam yang bersetuju Pesta Arak diadakan di negara ini.
BH hari (7/10/2014) menyiarkan penentangan orang-orang Melayu dari pelbagai golongan -- dari Timbalan Mufti, Bekas Menteri hinggalah pensyarah universiti -- yang menyatakan penentangan mereka dengan pelbagai alasan.
Akan tetapi, anehnya seorang pemimpin PAS, MP Shah Alam, Khalid Samad telah mempertahankan pesta arak tersebut.
Mengikut Khalid, penganjuran pesta araj itu tidak salah jika ia diadakan di kawasan yang majoriti penduduknya orang bukan Islam.
Mengikut Khalid seterusnya, "...Perkara sebegini tidak boleh dihalang kerana Malaysia sebuah negara majmuk dan ia dianjurkan untuk orang bukan Islam".
Kebetulan pesta arak itu sudah pun bermula pada 24 September yang lalu, dan kemuncaknya ialah pada hari Jumaat ini (10/10/2014). Siapakah yang akan membatalkannya?

Sunday, October 5, 2014
Haji Hadi sudah patut mengundurkan diri
Berita Harian hari ini (6/10/2014) memuatkan pendedahan anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh bahawa kononnya ada komplot luar, iaitu gerakan musuh Islam antarabangsa untuk menjatuhkan Haji Hadi dan Majlis Syura Ulama.
Saya tidak tahu adakah berita itu begitu penting sehingga dijadikan berita utama. Dan yang lebih penting lagi adakah apa yang didedahkan oleh Nik Mohamad Abduh itu sesuatu yang benar?
Bagaimanapun, Nik Mohamad Abduh tentu perlu membuktikan hal itu dan bukan sekadar mengemukakan dakwaan sahaja.
Bagi saya, sama ada hal itu benar atau tidak, Haji Hadi sebenarnya sudah terlalu lama menjadi pemimpin PAS dan dalam masa yang akhir-akhir ini tidak menunjukkan prestasi yang meyakinkan. Oleh itu, sama ada, ada komplot untuk menjatuhkanya atau tidak, beliau sepatutnya sudah patut mengundurkan diri daripada pucuk pimpinan PAS. Biarlah pemimpin muda yang lebih berwibawa mengambil alih tempat beliau.
Tentang Majlis Syura Ulama pula, kita pun tidak melihat mereka merupakan orang-orang yang berwibawa. Mereka barangkali ulama, tapi bukanlah ulama yang faham sangat tentang politik. Oleh itu kadang-kadang pendirian mereka pun kelihatan songsang dan tidak sesuai dengan keadaan politik semasa.
Malah, sama ada usaha untuk melemahkan kedudukan mereka ada atau tidak, mereka pun sebenarnya tidak mampu memperkuatkan PAS.

Mengapa UM dan UKM menarik diri dari pencalonan kedudukan universiti?
Setakat ini saya tidak tahu apakah alasan pentadbiran UM dan UKM menarik diri dari pencalonan kedudukan universiti Times Higher Education.
Akan tetapi, seperti Lim Kit Siang, saya berpendapat tindakan pentadbiran UM dan UKM itu tidak wajar, dan hanya menunjukkan ketidakmampuan kedua-dua universiti itu bertanding di peringkat antarabangsa.
Dalam masa terdekat mungkin kedua-dua universiti itu memang sukar untuk mendapat kedudukan dalam 100 universiti terbaik di dunia. Akan tetapi, apakah masalahnya?
Saya kira, yang penting adalah kedua-dua universiti itu harus berusaha memperbaiki kedudukannya sehingga mencapai kedudukan yang lebih baik dan lebih tinggi dari masa ke masa, dan bukan mengaku kalah atau mencari alasan yang bodoh dan dicari-cari!

Nak mansuhkan SJKC cadangan karut
Sebuah bahagian UMNO di Selangor mencadangkan supaya Perhimpunan Agung UMNO 2014 membincangkan sama ada SJKC perlu diterus atau dimansuhkan.
Cadangan ini sebenarnya cadangan karut.
Kalau nak mansuhkan SJKC sepatutnya tahun 1970 dulu, bukan sekarang.
Sekarang mana kerajaan BN ada kemampuan nak mansuhkan SJKC. Kalau kerajaan BN nak cuba mansuhkan SJKC, bererti kerajaan BN nak gulung tikar!

Wednesday, October 1, 2014
MB yang tak mahu gaji besar
Pada masa Khalid menjadi MB Selangor, gaji MB, EXCO, Speaker, Timbalan Speaker dan ADUN telah dinaikkkan.
Yang kelihatan paling tinggi agaknya gaji MB, EXCO, Speaker danTimbalan Speaker iaitu gaji MB dinaikkan dari RM14,175.15 kepada RM29,250; gaji EXCO dari RM6,109.29 kepada RM22,500; gaji Speaker dari RM6,109.29 kepada RM22,500 dan gaji Timbalan Speaker dari RM 3,327.50 kepada RM 15,750.
Kata Azmin gaji MB, EXCO, Speaker dan Timbalan Speaker akan dikaji semula. Apakah maksudnya? Saya kira maksudnya ialah akan diturunkan, bukan dinaikkan lagi.
Kalau betul begitu, baguslah. Gaji mereka boleh dinaikkan dari gaji asal tetapi tentu tidak perlu terlalu tinggi. Kenaikan yang wajar tentu boleh diterina oleh rakyat.

Minyak naik, tetap sokong BN
Minyak naik 20 sen. Semua rakyat Malaysia, penyokong BN atau bukan penyokong BN akan menanggungnya.
Akan tetapi masih banyak rakyat Malaysia yang akan terus menyokong BN. Begitulah cerdiknya rakyat Malaysia!

Subscribe to:
Posts (Atom)