Mengikut H.M. Asywadie Syukur, Guru Besar Ilmu Fikih pada Fakultas Dakwah IAIN Antaasarri Banjarmasin, pada masa ini kitab Sabil al-Muhtadin tulisan Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari kurang mendapat perhatian dalam masyarakat Banjar di Kalsel, terutamanya di kalangan generasi muda dan kalangan intelektual. Antara sebabnya dikatakan mungkin kerana kitab itu banyak menggunakan istilah dalam bahasa Arab, di samping banyak pula menggunakan istilah yang diambil dari bahasa daerah, seperti bahasa Banjar dan Aceh.
Bagaimanapun, orang-orang Banjar di Malaysia yang bergabung di bawah Pertubuhan Banjar Malaysia (PBM) masih berminat untuk mempelajari kitab tersebut, mungkin kerana kitab tersebut adalah karya ulama besar Banjar yang terkenal.
Oleh itu, mulai awal bulan ini PBM telah menganjurkan majlis perjumpaan bulanan untuk mempelajari kitab tersebut,
Saya telah dijemput oleh Setiausaha PBM untuk menghadiri majlis tersebut. Bagaimanapun, saya tidak menghadiri majlis perjumpaan pertama tempoh hari, kerana buat masa ini saya lebih berminat mempelajari buku dan kitab lain.
No comments:
Post a Comment