Beberapa hari sebelum Kongres Budaya Banjar Ke-1 berlangsung pada tahun 2008, saya mendapat undangan melalui emel untuk menjadi peserta kongres tersebut. Bagaimanapun, kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat hadir.
Menjelang Kongres Budaya Banjar Ke-2 pada 4-7 April 2010, saya mendapat undangan untuk hadir sebagai pemakalah. Saya menghadiri kongres tersebut dan membentangkan makalah saya yang bertajuk " Sejarah Orang Banjar dan Pola Pemertahanan Kebudayaan Banjar di Perantauan, Khususnya di Malaysia".
Sebagaimana yang dijadualkan, Kongres Budaya Banjar Ke-3 dijangka akan diadakan pada bulan April tahun ini (2013). Akan tetapi, sehingga kini saya tidak mendapat apa-apa maklumat tentang perkembangan kongres tersebut, kecuali pra-kongres telah diadakan di Kuala Tungkal pada akhir bulan November 2012 yang lalu.
Saya juga tidak tahu sama ada akan diundang lagi atau tidak untuk menghadiri kongres tersebut, walaupun saya berharap akan mendapat undangan daripada pihak panitia.
No comments:
Post a Comment