Kalau kita mengikuti kuliah Dr.Asri, saya kira kita akan dapat memahami bahawa penggunaan kalimat Allah oleh orang bukan Islam, seperti orang Kristian tidak dilarang oleh Islam.
Orang Kristian dan Yahudi sudah lama menggunakan kalimat itu sebelum munculnya Nabi Muhammad dan agama Islam.
Dalam kitab Injil yang digunakan oleh orang Arab Kristian di Timur Tengah kalimat Allah itu sudah mereka gunakan berzaman-zaman. Begitu juga dalam kitab Injil di Indonesia, di Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung Malaysia nampaknya, orang Melayu/Islam tidak bersetuju orang bukan Islam menggunakan kalimat Allah itu dengan pelbagai sebab dan alasan.
Kalau begitu, dalam konteks Malaysia, kerajaan mungkin boleh membuat undang-undang bahawa orang bukan Islam dilarang daripada menggunakan kalimat Allah itu, khasnya untuk menterjemahkan kalimat God dalam kitab Injil mereka.
Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan perasaan tidak senang hati di kalangan orang Islam.
Lagipun terjemahan God yang betul ialah Tuhan, bukan Allah.
Bagaimanapun, dalam kehidupan sehari-hari, selain daripada menggunakannya di dalam kitab Injil mereka, orang bukan Islam (khasnya Kristian) tentu boleh saja menggunakan kalimat tersebut.
Misalnya, jika mereka mengatakan, hari ini Tuhan Allah telah menurunkan hujan, Ucapan mereka itu betul dan tidak perlu dilarang.
Begitu juga, jika lagu kebangsaan sesetengah negeri ada kalimat Allah, tentu tidak wajar orang bukan Islam dilarang daripada menyebut kalimat tersebut.
Sementara itu, jika ada orang Melayu/Islam yang bersetuju orang bukan Islam menggunakan kalimat tersebut, sama ada dalam kitab Injil atau dalam kehidupan sehari-hari, saya kira sikap mereka itu juga tidak salah, kerana Islam tidak menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimat tersebut.
Mereka juga tidak wajar dianggap telah menjadi murtad atau syirik, sebagaimana yang difatwakan oleh sesetengah pihak, kerana sikap mereka tidak bersalahan dengan ajaran Islam.
Thursday, February 21, 2013
Wednesday, February 20, 2013
Seminar perpaduan umah digerhanai oleh pilihan raya
Baru-baru ini ada seminar di DBP tentang perpaduan umah. Seminar itu melibatkan seorang anak raja dan tokoh-tokoh lama Melayu yang berpengaruh dan tentu saja dianggap sebagai seminar yang penting.
Namun, seminar itu mungkin kurang mendapat perhatian, kerana sekarang orang Melayu/Islam dalam BN akan bertarung hebat dengan orang Melayu/Islam dalam PR dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan tiba tidak lama lagi.
Oleh itu, walaupun perpaduan umah itu penting, tetapi bagi parti-parti Melayu sama ada UMNO atau PAS, yang lebih penting adalah memenangi pilihan raya umum ke-13.
Jadi biarlah kita tunggu keputusan pilihan raya umum ke-13 terlebih dahulu. Mungkin selepas itu orang Melayu/Islam boleh memikirkan semula sama ada perpaduan umah itu penting atau tidak.

Tuesday, February 19, 2013
Komunis Indonesia beragama
Saya baru saja membaca buku Abdullah Hussain, sasterawan negara, Perjalanan Mencari Diri, walaupun buku itu diterbitkan oleh DBP pada tahun 2004 yang lalu.
Saya tidak disangka di muka 126 dan 127 buku itu saya terjumpa sedikit catatan yang menarik mengenai komunis Indonesia lebih setengah abad yang lalu.
Mengikut Abdullah Husssain, ketika dia berada di Padang Panjang, Sumatera Barat, pada masa itu, pertama kali dia tahu bahawa komunis itu ada dua jenis. Satu komunis Marx-Lenin yang berkiblat ke Moskow dan satu lagi komunis Indonesia.
Pada masa itu Abdullah Hussain telah ditumpangkan di atas loteng sebuah rumah kedai bersama-sama dengan seorang tokoh komunis buangan dari Digul.
Tokoh komunis itu memberi kursus politik tentang materialisme-dialektika (MADILOG) kepada kader-kader komunis di situ pada tiap-tiap malam. Apabila tiba waktu isya, tokoh tersebut memberhentikan kursusnya dan dialah yang menjadi imam sembahyang isya secara berjemaah.
Abdullah Hussain memberanikan diri bertanya, " Pak, setahu saya orang komunis tidak beragama. Tetapi Bapak bersolat."
Orang itu dengan lembut menjawab, " Kita ini komunis Indonesia. Kita beragama".
Jadi sebagai komunis Indonesia yang beragama, mereka mengerjakan sembahyang lima waktu, puasa dan sebagainya, seperti orang Islam yang lain. Hal itu telah disaksikan oleh Abdullah Hussain di tempat tersebut.

PBM menganjurkan majlis mempelajari Kitab Sabil al-Muhtadin
Mengikut H.M. Asywadie Syukur, Guru Besar Ilmu Fikih pada Fakultas Dakwah IAIN Antaasarri Banjarmasin, pada masa ini kitab Sabil al-Muhtadin tulisan Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari kurang mendapat perhatian dalam masyarakat Banjar di Kalsel, terutamanya di kalangan generasi muda dan kalangan intelektual. Antara sebabnya dikatakan mungkin kerana kitab itu banyak menggunakan istilah dalam bahasa Arab, di samping banyak pula menggunakan istilah yang diambil dari bahasa daerah, seperti bahasa Banjar dan Aceh.
Bagaimanapun, orang-orang Banjar di Malaysia yang bergabung di bawah Pertubuhan Banjar Malaysia (PBM) masih berminat untuk mempelajari kitab tersebut, mungkin kerana kitab tersebut adalah karya ulama besar Banjar yang terkenal.
Oleh itu, mulai awal bulan ini PBM telah menganjurkan majlis perjumpaan bulanan untuk mempelajari kitab tersebut,
Saya telah dijemput oleh Setiausaha PBM untuk menghadiri majlis tersebut. Bagaimanapun, saya tidak menghadiri majlis perjumpaan pertama tempoh hari, kerana buat masa ini saya lebih berminat mempelajari buku dan kitab lain.

Friday, February 1, 2013
Menunggu Kongres Budaya Banjar Ke-3
Beberapa hari sebelum Kongres Budaya Banjar Ke-1 berlangsung pada tahun 2008, saya mendapat undangan melalui emel untuk menjadi peserta kongres tersebut. Bagaimanapun, kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat hadir.
Menjelang Kongres Budaya Banjar Ke-2 pada 4-7 April 2010, saya mendapat undangan untuk hadir sebagai pemakalah. Saya menghadiri kongres tersebut dan membentangkan makalah saya yang bertajuk " Sejarah Orang Banjar dan Pola Pemertahanan Kebudayaan Banjar di Perantauan, Khususnya di Malaysia".
Sebagaimana yang dijadualkan, Kongres Budaya Banjar Ke-3 dijangka akan diadakan pada bulan April tahun ini (2013). Akan tetapi, sehingga kini saya tidak mendapat apa-apa maklumat tentang perkembangan kongres tersebut, kecuali pra-kongres telah diadakan di Kuala Tungkal pada akhir bulan November 2012 yang lalu.
Saya juga tidak tahu sama ada akan diundang lagi atau tidak untuk menghadiri kongres tersebut, walaupun saya berharap akan mendapat undangan daripada pihak panitia.

Subscribe to:
Posts (Atom)