Pada tahun 1983, ketika saya mula-mula tinggal di Kajang, ada sebuah kedai Melayu di Jalan Besar, Kajang. Kedai itu antara lain menjual kitab-kitab agama dan ubat-ubat tradisional. Kalau tak salah, inilah kedai Melayu terakhir yang berasal dari kedai-kedai yang wujud di situ sejak sebelum Perang Dunia Kedua.
Kalau tidak salah, kedai itu wujud sehingga akhir 1990-an atau awal 2000-an. Tapi selepas itu ia "lenyap", sama ada telah dijual atau disewakan kepada orang lain.
Mengapa kedai-kedai Melayu yang wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua itu lenyap pada awal tahun 1950-an(?). Antara sebabnya dikatakan anak-anak pekedai itu telah dapat bekerja makan gaji. Dengan itu, tidak ada sesiapa yang mahu meneruskan perniagaan ibu bapa mereka. Dan kedai itu pun dijual kepada orang lain.
Selepas lenyapnya kedai-kedai lama orang Melayu itu nampaknya tidaklah mudah untuk orang Melayu bertapak semula di Jalan itu. Sekarang ada beberapa orang Melayu yang menjalankan perniagaan di Jalan itu.Akan tetapi, mereka merupakan golongan minoriti sahaja. Salah satu daripadanya ialah pejabat sebuah agensi pelancongan. Mungkin kedai ini dapat bertahan kerana minat orang Melayu yang tinggi kini terhadap aktiviti melancong.
Tidak jauh dari Jalan Besar Kajang kini sebenarnya ada sebuah Aked MARA yang sepatutnya menjadi pusat perniagaan orang Melayu. Tapi entah di mana salahnya, Aked MARA ini nampaknya selalu sepi dan bukan menjadi tempat tumpuan pengunjung. Mungkin promosi dan usaha-usaha lain yang lebih berkesan perlu dilakukan untuk menjadikan tempat itu sebagai tempat perniagaan orang Melayu yang boleh dibanggakan.
salam,
ReplyDeletesaya mencari kita usuluddin karangan imam syafiee dan kita sifat 20.. adakah pihak tuan mempunyai kitab tersebut?
mohon memberi respon sekiranya terdapat kita tersebut.
terima kasih
Saya tidak mempunyai kitab tersebut.Salam.
ReplyDelete