Pada tahun 1983, ketika saya mula-mula tinggal di Kajang, ada sebuah kedai Melayu di Jalan Besar, Kajang. Kedai itu antara lain menjual kitab-kitab agama dan ubat-ubat tradisional. Kalau tak salah, inilah kedai Melayu terakhir yang berasal dari kedai-kedai yang wujud di situ sejak sebelum Perang Dunia Kedua.
Kalau tidak salah, kedai itu wujud sehingga akhir 1990-an atau awal 2000-an. Tapi selepas itu ia "lenyap", sama ada telah dijual atau disewakan kepada orang lain.
Mengapa kedai-kedai Melayu yang wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua itu lenyap pada awal tahun 1950-an(?). Antara sebabnya dikatakan anak-anak pekedai itu telah dapat bekerja makan gaji. Dengan itu, tidak ada sesiapa yang mahu meneruskan perniagaan ibu bapa mereka. Dan kedai itu pun dijual kepada orang lain.
Selepas lenyapnya kedai-kedai lama orang Melayu itu nampaknya tidaklah mudah untuk orang Melayu bertapak semula di Jalan itu. Sekarang ada beberapa orang Melayu yang menjalankan perniagaan di Jalan itu.Akan tetapi, mereka merupakan golongan minoriti sahaja. Salah satu daripadanya ialah pejabat sebuah agensi pelancongan. Mungkin kedai ini dapat bertahan kerana minat orang Melayu yang tinggi kini terhadap aktiviti melancong.
Tidak jauh dari Jalan Besar Kajang kini sebenarnya ada sebuah Aked MARA yang sepatutnya menjadi pusat perniagaan orang Melayu. Tapi entah di mana salahnya, Aked MARA ini nampaknya selalu sepi dan bukan menjadi tempat tumpuan pengunjung. Mungkin promosi dan usaha-usaha lain yang lebih berkesan perlu dilakukan untuk menjadikan tempat itu sebagai tempat perniagaan orang Melayu yang boleh dibanggakan.
Sunday, June 16, 2013
Saturday, June 15, 2013
Kampung Melayu yang sudah hilang di Kajang
Di Kajang ada beberapa kawasan yang dahulunya merupakan kampung orang Melayu, tetapi sekarang sudah bertukar menjadi milik orang lain. Salah satu daripadanya ialah di tempat yang sekarang dikenali sebagai Jalan Mendaling di bandar Kajang. Dahulu, sehingga awal abad ke-20, kawasan itu merupakan kampung orang Mandailing. Akan tetapi, mereka sudah berpindah ke tempat lain. Raja Alang ketua mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1920-an dan 1930-an di situ dibina kedai batu milik orang Cina. Tinggallah Jalan Mendaling tanpa orang Mandailing.
Di kawasan Sungai Chua sebelum Perang Dunia Kedua dulu ada kampung Melayu. Akan tetapi sekarang semuanya sudah lenyap. Kecuali sebaris rumah teres satu tingkat yang agak tersorok di kawasan itu, dan taman perumahan di Kampung Jambu dan Kampung Manggis, serta segelintir orang yang tinggal di beberapa taman perumahan, tidak ada lagi orang Melayu yang tinggal di kawasan itu.
Di Jalan Reko juga begitu. Satu masa dahulu, di kawasan itu masih ada kampung orang Melayu. Akan tetapi, sekarang semuanya sudah bertukar menjadi taman perumahan dan menjadi milik orang lain, kecuali sekeping tanah di Batu 16 setengah yang di hadapannya ada bengkel kereta. Memang ada orang Melayu yang tinggal di beberapa taman perumahan itu. Akan tetapi, kampung Melayu sudah tidak ada lagi.

Friday, June 14, 2013
Jalan Reko nama yang salah
Jalan Reko ialah jalan raya sepanjang kira-kira 10 km yang menghubungkan bandar Kajang dengan UKM.
Saya pernah mengatakan nama Reko itu salah. Yang betul ialah Jalan Rekoh, kerana dahulu ada tempat bernama Rekoh berhampiran dengan UKM. Tapi kesalahan itu sudah berlaku dan kekal hingga sekarang.
Dahulu, kira-kira 30 tahun dahulu, ketika UKM baru dibuka, Jalan Reko adalah satu jalan yang sunyi. Di kiri kanannya masih ada estet dan kampung Melayu. Jalan itu merupakan jalan kecil dua lorong dan jadi laluan bus SUM yang selalu kosong dari Kajang ke pekan Dengkil.
Sekarang keadaan sudah berubah. Jalan itu sudah dibesarkan, walaupun masih merupakan jalan dua lorong. Estet dan kampung Melayu sudah hilang, sudah berganti menjadi taman perumahan.
Di Jalan Reko juga sekarang ada perhentian bas yang besar, yang diberi nama Perhentian Kajang. Perhentian bas itu pernah dianggap sebagai perhentian bas terbesar di Asia Tenggara (mungkin tidak betul lagi) dan menempatkan bas ekpres untuk ke pelbagai tempat, sama ada ke utara, ke selatan dan pantai timur. Di bahagian atasnya pula terdapat Jabatan Pendaftaran, Imigresen, Pejabat Pos dll.
Di samping itu, di Jalan Reko juga ada pusat komersial yang besar yang diberi nama Reko Sentral. Di Reko Sentral pula terdapat pasar raya besar, Econsave yang selalu jadi tumpuan ramai.
Selain itu, di Jalan Reko atau di kawasan Reko Sentral juga sekarang telah ada pasar larut malam(?) yang bermula pada pukul 10 malam dan berakhir pukul 3 atau 4 (?) malam.Pasar larut malam itu, yang dibuka pada tiap-tiap malam, kecuali malam Selasa, sentiasa ramai dan meriah dan nampaknya masih bertahan sampai sekarang.

Wednesday, June 12, 2013
Biografi yang gagal ditulis
Beberapa tahun dahulu, sebelum Prof.Kamal Hasan, bekas Rektor UIA dilantik menjadi seorang Prof. Ulung, seorang kawan dari UKM mencadangkan supaya saya menulis biografi tokoh tersebut. Saya tertarik dengan cadangan tersebut, walaupun belum memikirkannya dengan serius, dan adakah saya mampu melakukannya atau tidak.
Entah bagaimana, tidak lama selepas itu, saya terjumpa dengan Prof. Kamal. Tidak ingat di mana, mungkin dalam satu seminar. Saya secara spontan menawarkan diri untuk menulis biografinya jika beliau berminat. Malangnya, atau untungnya, beliau tidak menerima tawaran saya, kerana beliau belum mahu biografinya ditulis pada masa itu. Antara alasannya, kalau saya tidak salah, dia merasakan perjalanan hidupnya masih panjang. Di samping itu, ada pendiriannya pada zaman muda, yang beliau ragu-ragu untuk mendedahkannya untuk pengetahuan umum.
Selepas itu, saya merancang untuk menulis biografi Ustaz Hasan Shukri, Timbalan Presiden PAS. Saya telah menghubungi beliau untuk mendapatkan persetujuan beliau. Beliau begitu gembira dengan tawaran saya. Akan tetapi katanya pada masa itu sudah ada seorang pensyarah dari USM yang sedang menulis biografi beliau. Jadi beliau tidaklah dapat menerima tawaran saya.
Selepas itu, saya tidak menghubungi beliau lagi, dan menunggu saja lahirnya biografi beliau yang dikatakan sedang ditulis oleh pensyarah USM itu.
Malangnya sehingga beliau meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, saya tidak melihat terbitnya biografi beliau. Saya tidak tahu biografi beliau jadi ditulis atau tidak oleh pensyarah USM tersebut. Tapi saya agak kecewa dan terkilan kerana tidak jadi menulis biografi beliau.

Tuesday, June 11, 2013
Kertas kerja tentang Tokoh Wanita Selangor ( Datin Paduka Fatimah Hj.Suhaimi)
Pada tahun 2006 Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (PSMCS) telah mengadakan Seminar Sejarah Tokoh Wanita Selangor di Shah Alam. Sebagai seorang ahli PSMCS saya berminat untuk membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.
Pada mulanya saya bercadang untuk menulis kertas kerja tentang bintang filem Latifah Omar yang berasal dari Selangor, iaitu tokoh yang memang ingin saya tulis biografinya. Tapi kerana masih menghadapi kesukaran untuk menemui beliau, rancangan itu terpaksa saya batalkan.
Tuan Haji Said Radzi (almarhum), Pengerusi PSMCS mencadangkan supaya saya menulis kertas kerja tentang seorang pensyarah wanita di UKM yang merupakan seorang penyajak dan pelukis terkenal dan menepati istilah tokoh wanita Selangor. Saya tidak akrab dengan tokoh tersebut, walaupun pernah sama-sama bertugas sebagai pensyarah di UKM. Saya cuba menghubungi beliau melalui emel, tapi emel saya tidak berbalas. Jadi saya batalkan sahaja rancangan untuk menulis kertas kerja tentang tokoh tersebut.
Pilihan saya seterusnya ialah seorang bekas wakil rakyat wanita yang merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian di satu daerah di Selangor. Di samping menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian, beliau juga ada memegang jawatan pada peringkat negeri dan pusat. Saya tidak mengenali beliau dan cuba menghubungi beliau melalui surat. Surat saya tidak berbalas. Jadi rancangan untuk menulis kertas kerja tentang tokoh tersebut terpaksa dibatalkan juga.
Selepas itu seorang tokoh wanita UMNO dari Kuala Langat yang pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian dan wakil rakyat dan pernah memegang jawatan dalam Wanita UMNO Negeri dan Pusat pula menjadi pilihan saya. Beliau ialah Datin Paduka Hajah Fatimah Haji Suhaimi yang tinggal di Kampung Sijangkang. Saya mendapat nombor telefon beliau dari seorang kawan di Banting yang merupakan bekas salah seorang pemimpin UMNO Kuala Langat.
Dari perbualan melalui teleon, beliau bersedia ditemuramah dan ditulis riwayat hidup dan perjuangannya. Jadi kertas kerja mengenai diri beliaulah yang saya tulis dan bentangkan dalam seminar anjuran PSMCS itu.
Kertas kerja saya tentang diri beliau kemudian dimuatkan dalam buku Tokoh Wanita Selangor: Sejarah dan Sumbangan yang disunting oleh Mardiana Nordin dan diterbitkan oleh PSMCS pada tahun 2009.

Monday, June 10, 2013
Rancangan menulis biografi Latifah Omar yang tidak kesampaian
Di negara kita penulisan biografi banyak tertumpu kepada tokoh politik, dan kurang memberi tumpuan kepada tokoh dalam bidang lain. Salah satu golongan yang biografinya masih kurang ditulis ialah golongan artis, termasuk pelakon terkenal.
Setakat ini cuma ada biografi P.Ramlee dan Jins Shamsudin dan seorang dua tokoh lain, tetapi belum ada biografi tentang Ahmad Mahmud, Nordin Ahmad, Yusof Latif, Latifah Omar, Mariani, Saloma, Rosnani, Mariani, Aziz Satar, S.Shamsudin, dll.
Oleh itu, satu masa dulu saya pernah bercadang untuk menulis biografi Latifah Omar.Tapi ada banyak halangan untuk saya menemui beliau. Dan rancangan itu tertangguh begitu sahaja.
Malangnya, semalam Latifah Omar sudah pun meninggal dunia. Dengan kematian beliau, rancangan untuk menulis biografi beliau tentu lebih sulit untuk dilakukan. Mungkin orang lain sahaja yang akan menulisnya.Al fatihah.

Sunday, June 9, 2013
Orang Bugis di Sabak Bernam
Daerah Sabak Bernam terkenal sebagai tempat tinggal orang Jawa dan Banjar, kerana kedua-dua suku itulah yang banyak terdapat di daerah itu, di samping sedikit orang "Melayu Jati". Orang Jawa kebanyakanya tinggal di kawasan kebun kelapa, orang Banjar di kawasan sawah padi dan orang Melayu Jati di kawasan pantai. Bagaimanapun, ramai juga orang Jawa yang tinggal di kawasan sawah padi.
Sehingga tahun 2006, saya tidak tahu di daerah Sabak Bernam juga ada orang Bugis. Saya hanya tahu di daerah Sabak Bernam ada orang Bugis, setelah berjumpa dengan Datuk Yusof Latif, seorang bekas wakil rakyat keturunan Bugis pada tahun tersebut.
Mengikut Datuk Yusof Latif, orang Bugis terutamanya terdapat di Kampung Baru, Pancang Bedena, Sungai Haji Dorani dan Kampung Baru Nelayan Sungai Besar.
Mereka juga telah menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Bugis Sabak Bernam.
Namun, orang Bugis hanya merupakan golongan minoriti di kampung-kampung berkenaan. Mungkin tidak ada orang Bugis yang menjadi ketua kampung. Dan mereka pun mungkin kurang menonjolkan diri sebagai orang Bugis.
Sehingga tahun 2006, saya menganggap Datuk Yusof Latif sebagai orang Melayu Jati. Rupanya beliau adalah seorang Bugis yang telah meningkat menjadi tokoh politik di daerah Sabak Bernam.

Saturday, June 8, 2013
Informan kajian tentang orang Bugis di Selangor
Tidak lama dahulu saya ada menulis surat kepada Datuk Yusof Hassan, bekas guru/wakil rakyat dan tokoh sejarah yang tinggal di Kuala Selangor. Saya memberi tahu beliau tentang rancangan saya hendak membuat kajian tentang orang Bugis di Selangor dan meminta beliau mencadangkan nama-nama informan yang boleh saya hubungi.
Oleh kerana beliau telah mendapat kecederaan yang agak parah dalam kemalangan kereta hampir setahun sebelum itu, beliau telah menjawab surat saya melalui telefon, kerana katanya beliau belum boleh menaip surat.
Mengikut penerangan beliau, antara orang-orang yang boleh menjadi informan untuk kajian tentang orang Bugis di Selangor adalah seperti berikut:
a) Datuk Yusof Latif, bekas wakil rakyat yang tinggal di Batu 38, Sabak Bernam tentang orang Bugis di Sabak Bernam.
b) Cikgu Mat Din bin Yusof, seorang guru bersara yang tinggal di Ujung Permatang, Kuala Selangor. Dia tinggal di sebuah rumah besar, iaitu rumah mertuanya yang terletak di belakang pam minyak Mobil.
c) Raja Yunus bin Raja Suran, seorang pesara Jabatan Kerja Air, yang tinggal di alamat berikut:
Teratak Hara,
46, Jalan Raja Musa
Taman Malawati
Kuala Selangor.
Beliau pengerusi Persatuan Anak Bugis Kuala Selangor yang mempunyai ahli kira-kira 700 orang. No. telefon beliau: 019- 3020335,
d) Encik Sharif bin Ramli, setiausaha Persatuan Anak Bugis Kuala Selangor. Beliau bekerja di Majlis Bandaran Kuala Selangor. No. telefon beliau 013-3332379.
e) Pak Din, penjaga makam Jugra, Kuala Langat. Rumah beliau di tepi sungai, di bahagian hadapan makam tersebut.
Saya berterima kasih kepada Datuk Yusof. Namun setakat ini saya belum memulakan kajian saya.

Tuesday, June 4, 2013
Orang Bugis di Selangor
Mengikut data rasmi, pada tahun 1947 ada 7,000 orang Bugis di Malaya (Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura). Mereka merupakan penduduk dari Indonesia yang kelima teramai selepas orang Jawa, Banjar, Sumatera (Minang, Mandailing dll) dan Boyan.
Sekarang jumlah mereka sudah tentu sudah berlipat ganda, walaupun data rasmi tidak dapat diperolehi.
Salah sebuah negeri yang ramai orang Bugis ialah Selangor. Mereka terutamanya banyak terdapat di daerah Kuala Selangor, Kelang dan Kuala Langat.
Orang Bugis mempunyai hubungan istimewa dengan negeri Selangor, kerana Sultan Selangor adalah berketurunan Bugis.
Orang Bugis di Selangor masih mengekalkan stratifikasi sosial tradisional yang menunjukkan perbezaan antara orang yang berketuruan raja dengan rakyat biasa. Jadi orang yang berketurunan raja terus memakai gelaran tersebut secara turun temurun.
Pada 24 Mei 2009 di Kuala Selangor telah dirasmikan penubuhan Persatuan Anak-Anak Bugis Daerah Kuala Selangor, dengan diketuai oleh YM. Tuan Haji Raja Yunus bin Raja Suran.
Namun, tidak ada maklumat yang diperolehi tentang aktiviti dan perkembangan persatuan tersebut selepas perasmian itu.

Sunday, June 2, 2013
Kamarulzaman Teh seorang komunis?
Kamarulzaman Teh, bekas Ketua API Pahang adalah salah seorang yang terawal saya jumpai ketika saya mula menjalankan kajian di Temerloh pada tahun 1982. Saya lupa siapa yang memperkenalkan saya pada beliau. Mungkin Satar Haji Dahan, seorang pemimpin PSRM di Temerloh pada masa itu .
Ketika itu hampir tiap-tiap hari Kamarulzaman berada di sebuah kedai gunting kawannya di bandar Temerloh. Tapi dia agaknya tidak suka berbual-bual dengan saya di situ. Dia lebih suka datang ke hotel tempat saya menginap dan berbual-bual di situ, kerana agak terlindung dari pandangan ramai.
Saya pula suka berhubung melalui surat dengan beliau. Apabila saya balik ke rumah saya di Semenyih (dan kemudian di Kajang) saya menulis surat kepada beliau dan bertanya tentang pelbagai perkara, dan beliau biasanya akan membalas semua surat saya.
Dari perbualan dan dari surat menyurat dengan beliau, saya mendapat banyak maklumat tentang gerakan kiri di Temerloh antara tahun 1946-1948, yang boleh saya jadikan bahan untuk menulis tesis Ph.D saya. Bagaimanapun ketika itu beliau tidak banyak bercerita tentang kisah perjuangannya dan latarbelakang dirinya. Dia seolah-olah masih mahu berahsia dengan saya. Oleh itu, ketika itu saya pun tidak terilham untuk menulis biografinya.
Saya jarang bertemu dengan beliau setelah saya menamatkan kajian saya di Temerloh pada tahun 1986. Bagaimanapun, beliau sentiasa mengirim kad hari raya kepada saya setiap tahun sehinggalah akhir tahun 1990-an. Jadi hubungan kami tetap berlanjutan, walaupun hanya melalui pertukaran kad ucapan selamat hari raya.
Kira-kira 20 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002-2003 saya bertemu lagi dengan beliau ketika saya melakukan kajian tentang gerakan kiri Melayu. Ketika itu beliau sudah mulai uzur (agak rabun dan tidak kuat lagi berjalan). Jadi saya menemui beliau di rumah adiknya tempat beliau menumpang, kira-kira 3 km dari bandar Temerloh.
Dalam pertemuan pada tahun 2002-2003 itu beliau lebih terbuka dan boleh dikatakan tidak berahsia lagi dengan saya. Kisah perjuangannya bersama MPAJA dan PKM juga diceritakan oleh beliau kepada saya. Ini memberi ilham kepada saya untuk menulis kisah diri dan perjuangannya. Kisah diri dan perjuangan beliau itu kemudian saya abadikan dalam buku saya Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan.
Antara perkara penting dan menarik yang saya nyatakan dalam buku saya itu ialah Kamarulzaman Teh adalah seorang ahli PKM yang pernah berucap secara terbuka di beberapa tempat sebagai "wakil PKM", dan beliau dikatakan ada berkata (merujuk dirinya) " Sebagai seorang komunis..."
Beliau juga telah belajar tentang fahaman dan ideologi komunis, termasuk teori asas Marxisme daripada ahli PKI yang datang ke Malaya pada tahun 1946-1948 dahulu. Tapi adakah beliau betul-betul seorang komunis?
Dr.Syed Husin, bekas pemimpin PSRM/PRM/ PKR yang mengetahui saya banyak berhubung dan berbincang dengan Kamarulzaman pada zaman tuanya, pernah bertanya pada saya, "Adakah Kamarulzaman seorang komunis?"
Jawapan saya, dengan sedikit sebanyak alasannya, ada saya nyatakan dalam buku saya itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)