Walaupun saya orang "atas pagar", bukan bererti saya tidak ada pendirian dan tidak boleh mengambil apa-apa pendirian.
Misalnya, pada PRU 12 yang lalu, saya tentu tidak mungkin mengundi kedua-dua parti atau tidak memilih mana-mana parti.
Sebagai orang atas pagar, saya juga tentu mahu perubahan, dan bukan tidak peduli dengan perubahan.
Oleh itu, sekiranya dalam PRU 13 ini saya mengundi di Gelang Patah, saya mungkin sekali akan mengundi Lim Kit Siang, dan bukan Ghani Othman.
Sebabnya?
Saya mahu tokoh-tokoh besar seperti Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, Karpal Singh dll terus berada di Parlimen, walaupun BN terus menjadi pemerintah di peringkat Kerajaan Pusat.
Saya juga percaya negara ini mungkin lebih baik mempunyai pembangkang yang kuat daripada pembangkang yang lebih lemah. Dengan adanya pembangkang yang kuat, kita boleh mengharapkan parti pemerintah akan lebih telus, lebih terbuka, dan lebih memberi perhatian terhadap masalah rakyat!
No comments:
Post a Comment