Kira-kira 45 tahun yang lalu, pada tahun 1968, saya membeli buku tebal, Lee Kuan Yew oleh Alex Josey.
Pada masa itu saya sebenarnya masih belum boleh membaca buku Inggeris, kerana bahasa Inggeris saya masih sangat lemah. Namun, saya membeli buku itu kerana minat saya dan kekaguman saya terhadap Lee Kuan Yew, malah pada masa itu beliaulah idoa politik saya.
Selepas membeli buku itu, saya cuba membacanya dengan bantuan kamus. Akan tetapi, memang terlalu sukar. Saya hanya mampu membacanya beberapa muka surat. Akhirnya buku itu saya simpan saja selama beberapa tahun.
Pada minggu ini saya tidak ada kerja yang khusus dan teringat kepada buku itu. Inilah masa untuk saya membacanya, setelah saya simpan selama 45 tahun!
Mudah-mudahan buku itu masih ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment