Dalam tahun 1970-an dan 1980-an dahulu banyak sekali setinggan Melayu di Kuala Lumpur. dan Selangor.Kebanyakannya ialah orang-orang kampung yang berpindah ke bandar kerana dorongan DEB yang mahu membandarkan orang-orang Melayu. Mereka membuka tanah kerajaan yang ketika itu masih merupakan tanah kosong atau kawasan hutan.
Sebahagian daripada mereka ada yang bernasib baik. Mereka diberi hak milik tanah yang mereka duduki. Dengan itu, mereka menduduki perkampungan itu sebagai penduduk tetap dan bukan lagi sebagai setinggan. Akan tetapi, lebih ramai yang tidak mendapat hak milik tanah yang mereka diami, dan terus tinggal di situ sebagai setinggan.
Walaupun mereka tinggal di sesebuah perkampungan sebagai setinggan, tetapi secara beransur-ansur kampung mereka diberi kemudahan air paip dan api letrik. Jadi agak selesa juga mereka tinggal di situ.
Namun, nasib setinggan tidak selalu cerah. Dari semasa ke semasa ada tanah yang mereka duduki diambil oleh kerajaan atau dibeli oleh pihak swasta. Mereka terpaksa berpindah atau dipaksa berpindah, tapi pada mulanya selalu diberi pampasan yang berpatutan.
Pada masa Khir Toyo menjadi Selangor, kerajaan negeri menjalankan dasar "setinggan sifar". Kawasan setinggan semakin banyak yang dibeli oleh pihak swasta. Maka banyaklah setinggan yang dipaksa berpindah ke rumah murah yang dibina oleh kerajaan. Namun, nasib mereka masih agak baik, kerana mereka umumnya diberi pampasan dan dapat tinggal di rumah yang agak murah.
Sekarang kampung setinggan di Selangor dan Kuala Lumpur sudah hampir habis, khasnya yang besar-besar. Jika letaknya di pusat bandar, sudah tentu kawasan itu dibeli dan akan dimajukan oleh pemodal besar.
Tidak ada sesiapa yang boleh mempertahankan kedudukan setinggan di situ, kerana mereka bukan pemilik sah tanah yang mereka diami. Mereka terpaksa atau dipaksa pindah oleh pihak yang berkuasa, kerana pihak yang berkuasa adalah penganut dasar pembangunan ala kapitalis. Di bawah dasar itu, kawasan yang berharga di pusat bandar mesti dibangunkan oleh pemodal yang mampu mendirikan bangunan pencakar langit dan bukan lagi dipenuhi dengan rumah setinggan.
Inilah nasib setinggan di Kampung Chubadak Tambahan yang terpaksa berpindah dari kampung yang mereka teroka dan mereka diami selama lebih 40 tahun!
Wednesday, October 29, 2014
Tuesday, October 28, 2014
Pendatang dari Indonesia: Jangan Datang Secara Haram
Oleh kerana pada zaman penjajahan dahulu, orang-orang dari Indonesia bebas merantau ke Tanah Melayu tanpa apa-apa sekatan, maka dalam tahun-tahun-tahun kebelakangn ini banyak sekali orang dari Indonesia yang datang ke negara ini tanpa melalui saluran yang sah.
Mereka tahu di Indonesia dan di Malaysia kini ada undang-undang imigresen yang memestikan mereka datang ke negara ini melalui saluran yang sah. Akan tetapi, mereka telah melanggar undang-undang itu dengan masuk secara haram.
Biasanya mereka masuk melalui jalan laut dengan menaiki tongkang atau motorbot, dan mendarat di tempat-tempat tertentu di Johor, Selangor dan negeri lain, yang sudah menjadi pengkalan untuk pendaratan secara haram.
Di Indonesia dan di Malaysia ada orang-orang yang dipanggil Tekong yang menolong menguruskan kemasukan mereka ke negara ini.
Kemasukan orang-orang dari Indonesia secara haram ini boleh dianggap sebagai lanjutan dari tradisi merantau yang bebas, yang tidak ada apa-apa sekatan, yang boleh dilakukan oleh orang-orang dari Indonesia pada masa yang lalu.
Namun, kini keadaan sudah berubah. Indonesia dan Malaysia sudah menjadi negara merdeka yang terpisah, yang mempunyai undang-undang imigresen masing-masing. Jadi mereka tidak lagi bebas datang ke negara ini seperti yang boleh dilakukan pada zaman pra-merdeka.
Oleh yang demikian, wajarlah orang-orang dari Indonesia datang ke negara ini secara legal atau mengikut undang-undang dan saluran yang sah. Jika mereka datang secara haram,mereka dipanggil pendatang haram dan boleh ditangkap dan dipenjarakan atau dikurung di tempat tahanan sebelum dihantar pulang ke Indonesia,

Kampung Chubadak Tambahan: Perjuangan yang Sudah Terlambat
Saya bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Chubadak Tambahan yang dipaksa keluar dari kampung mereka, kerana tanah yang mereka diami sudah dibeli oleh pemaju/pemodal/kapitalis.
Perjuangan orang-orang yang ingin membela nasib mereka adalah baik sekali. Akan tetapi, perjuangan itu sudah terlambat.
Penduduk Kampung Chubadak Tambahan sudah bertahun-tahun tinggal di kampung itu sebagai setinggan.
Sepatutnya mereka meminta kepada kerajaan atau pihak-pihak yang ingin menolong mereka meminta kepada kerajaan supaya tanah di kampung itu dibahagi-bahagikan kepada mereka sebelum tanah itu dibeli oleh pihak pemaju/pemodal.kapitalis.
Jika dilihat dari perspektif yang lain pula, mungkin tidak lojik sebuah kampung setinggan dikekalkan wujud berdampingan dengan bangunan pencakar langit yang besar, canggih dan moden.
Kampung setinggan itu mesti dirobohkan dan penduduknya mesti dipindahkan ke rumah lain yang lebih bagus.
Memang mereka telah menjadi korban pembangunan.
Akan tetapi, apabila mereka sanggup menjadi setinggan, mereka memang tidak boleh berharap untuk tinggal di satu selama-lamanya,kecuali jika mereka berjaya mendapatkan hak milik tanah di tempat itu. Cepat atau lambat mereka mesti juga meninggalkan kampung setinggan tersebut.

Perjuangan Anwar sudah berjaya
Melihat apa yang berlaku di Universiti Malaya pada 27 Oktober 2014 jelas pengaruh dan karisma Anwar di kalangan anak-anak muda Melayu masih ada.
Anwar akan terus disanjung oleh mereka, walau apapun keputusan mahkamah pada 28 Oktober 2014.
Walau bagaimanapun, perjuangan rakyat dan perjuangan reformasi perlu diteruskan sama ada Anwar dipenjarakan atau tidak. Sedikit sebanyak perjuangan reformasi yang dilancarkan oleh Anwar sebenarnya sudah berjaya, walaupun ditakdirkan dia tidak berjaya menjadi PM.
Sekarang PKR yang dilahirkan oleh Anwar sudah berjaya memerintah beberapa buah negeri. Pakatan ini mesti dikekalkan, diperkuatkan dan diteruskan supaya akhirnya boleh menjadi alternatif kepada BN.

Sunday, October 26, 2014
Keturunan orang dari Indonesia bukan pendatang
Sebelum Indonesia dijajah oleh Belanda dan Malaysia dijajah oleh Inggeris, kawasan kedua-dua negara ini disebut Nusantara atau Alam Melayu. Penduduknya adalah bangsa serumpun, iaitu rumpun Melayu, walaupun mereka terbahagi kepada pelbagai bangsa.
Di Alam Melayu pernah wujud kerajaan besar, seperti Palembang di Sumatera dan Majapahit di Jawa. Akan tetapi Palembang dan Majapahit adalah sebahagian daripada Nusantara atau Alam Melayu.
Jadi jika penduduk Alam Melayu berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu pulau ke satu pulau pada masa dahulu, misalnya jika orang dari Pulau Sumatera berpindah ke Tanah Melayu ( ke negeri Melaka atau Negeri Sembilan, misalnya) mereka masih bermobiliti dalam satu wilayah budaya yang sama. Tidak timbul mereka menjadi pendatang jika mereka berbuat demikian.
Sekarang memang telah wujud dua negara -- Indonesia dan Malaysia. Dan penduduk kedua-dua negara sudah tidak bebas lagi berkunjung ke negara lain seperti dahulu. Dengan itu, orang Jawa, Madura atau Bugis dari Indonesia boleh disebut pendatang jika mereka berhijrah ke Malaysia pada masa kini.
Akan tetapi, tidak demikian halnya orang-orang dari Indonesia yang berpindah ke Malaysia pada masa dahulu, iaitu sebelum wujudnya negara Indonesia dan Malaysia. Mereka bukan pendatang, kerana mereka berpindah di wilayah budaya Alam Melayu atau Nusantara yang merupakan tanah air mereka ,sebelum wujudnya negara Indonesia dan Malaysia.
Dengan demikian, anak cucu mereka, atau keturunan orang-orang yang berhijrah dari Indonesia sebelum wujudnya negara Indonesia pada tahun 1945 bukanlah pendatang. Mereka keturunan rumpun Melayu yang berpindah di tanah air mereka sendiri, Nusantara atau Alam Melayu.

Thursday, October 23, 2014
Mengapa orang Indonesia tidak suka dipanggil Indon?
Saya tidak tahu sejak bila orang Indonesia yang tinggal di negara ini dipanggil Indon. Akan tetapi, tentulah selepas tahun 1970-an, iaitu selepas orang-orang dari Indonesia datang beramai-ramai untuk bekerja di negara ini.
Panggilan Indon itu saya kira lahir secara alamiah, sama seperti orang Melayu memanggil orang yang datang dari Bangladesh dengan panggilan Bangla. Saya kira panggilan Indon itu tidak bermaksud untuk menghina atau merendah-rendahkan orang yang berasal dari Indonesia.
Saya faham banyak orang Indonesia, khasnya golongan yang terpelajar, tidak suka dengan panggilan Indon itu. Akan tetapi, setakat ini sebab mereka tidak suka itu tidaklah jelas. Mungkin mereka menganggp panggilan itu sebagai panggilan yang menghina atau merendahkan orang Indonesia, sedangkan hal itu tidaklah benar.
Yang lebih benar saya kira orang Indonesia terpelajar itu tidak suka orang Indonesia datang ke negara ini untuk bekerja sebagi kuli atau pekerjaan yang rendah statusnya. Dan kerana itulah mereka merasakan panggilan Indon itu sebagai panggilan yang menghina atau merendahkan mereka.
Akan tetapi, jika mereka tidak suka orang Indonesia datang ke negara ini untuk bekerja sebagai kuli, Indonesia harus menyediakan pekerjaan yang cukup untuk rakyatnya. Hanya dengan begitu, orang Indonesia tidak lagi datang bekerja sebagai kuli di negara ini, dan dengan demikian panggilan Indon itu juga akan hilang dengan sendirinya.

Pasar Raja Bot, bukan Pasar Chow Kit
Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur sebenarnya tidak terletak di Jalan Chow Kit, walaupun ia berhampiran dengan jalan tersebut. Ia terletak di Jalan Raja Bot dan berhampiran dengan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Pada awal tahun 1970-an saya pernah tinggal di hujung Jalan Raja Bot, berhampiran dengan Sungai Bonus. Pasar Chow Kit menjadi tempat saya membeli ikan, sayur dan buah-buahan, kerana harga barang di pasar itu memang agak murah. Keadaan ini agaknya berlanjutan sehingga tahun 1980-an, setelah saya berpindah ke Semenyih.
Pada masa ini harga barang-barang di pasar itu tidaklah murah lagi. Namun pasar itu masih menjadi tumpuan orang-orang Melayu yang tinggal di Kampung Baru dan kawasan sekitarnya.
Bagaimanapun, kerana ia terletak di Jalan Raja Bot dan bukan di Jalan Chow Kit, nama pasar itu patutlah ditukar kepada Pasar Raja Bot.

Subscribe to:
Posts (Atom)