Saya pernah menulis di blog ini bahawa pada masa dahulu, antara Kajang dengan UKM, tetapi lebih dekat dengan UKM, ada satu tempat bernama Rekoh. Oleh itu jalan antara Kajang dengan UKM sepatutnya diberi nama Jalan Rekoh, bukan Jalan Reko sebagaimana yang terdapat sekarang.
Bagaimanapun, kesalahan itu sudah lama berlaku, dan setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang berminat untuk membentulkanya.
Baru-baru ini saya terlihat iklan bahawa di Jalan Reko akan dibina bangunan tinggi, mungkin 25 tingkat yang diberi nama Recco Avenue.
Nama itu menarik. Tapi daripada mana datangnya nama Recco? Adakah daripada Reko?
Adakah nanti Jalan Reko boleh ditukar kepada Jalan Recco yang nampaknya lebih canggih, walaupun salah?
Sunday, September 15, 2013
Wednesday, August 7, 2013
Kongres Budaya Banjar Ke-3: tidak termasuk dalam senarai jemputan
Saya mendapat maklumat daripada kawan-kawan di Kalsel bahawa Kongres Budaya Banjar Ke-3 akan diadakan di Banjarmasin dari 17 hingga 19 September 2013. Bagaimanapun, dikatakan bahawa jemputan adalah terhad. Dari luar Kalsel yang dijemput hanya ketua-ketua Persatuan Banjar. Jadi saya nampaknya tidak termasuk dalam senarai jemputan.Bagi seorang yang ingin hadir dan pernah hadir dalam Kongres Budaya Banjar Ke-2, perkembangan terakhir ini tentu saja mengecewakan.
Friday, August 2, 2013
Yang enak ialah dodol Melaka
Saya tidak ingat sejak bila saya jadi seorang penggemar dodol. Tapi memang sudah lama. Dan biasanya bila saya berkunjung ke rumah kawan atau keluarga pada masa hari saya, dodollah kuih pertama yang saya makan dahulu.
Bagaimanapun, bagi seorang yang tinggal di Kajang, Selangor, saya rasa memang agak sukar untuk mencari dodol yang enak di sini. Di Kajang memang jarang kita jumpai penjual dodol. Di Bangunan Warta Bandar Baru Bangi, kadang-kadang ada dodol dijual di gerai yang juga menjual kurma, tapi jarang-jarang juga.
Jika sesekali saya pergi ke Melaka, sudah tentu saya akan mencari dan membeli dodol. Memang bagi saya dodol yang dijual di Melaka adalah enek; seimbang lemak dan manisnya.
Jika saya pulang ke kampung isteri saya di Sabak Bernam, saya biasanya akan membeli dodol yang selalu ada dijual di pasar Sungai Besar. Malangnya, di situ saya jarang berjumpa dengan dodol yang enak. Sayang orang Sabak Bernam tak pandai membuat dodol yang enak, walaupun kawasan itu adalah kawasan kelapa (di samping padi).
Saya pernah membeli dodol yang dijual di tepi jalan, ketika saya berkunjung ke Langkat, Sumatera Utara pada akhir tahun 1990-an dahulu. Tapi saya dapati dodol Langkat tidaklah begitu enak. Mungkin saya tidak terjumpa dodol yang enak.
Ketika saya berkunjung ke Kalsel pula, saya tidak melepaskan peluang membeli dodol yang banyak dijual di Kandangan. Dan Kandangan memang dianggap sebagai kota dodol. Namun, tidak semua dodol Kandangan yang enak. Ada yang enak, tapi kita kena tahu mencari tempat yang menjualnya di kalangan penjual dodol yang begitu banyak.
Nampaknya setakat ini saya lebih berpuas hati dengan keenakan dodol Melaka.
Sate Padang
Ketika berkunjung ke Medan pertama kali pada tahun 1990, saya makan tengahari di sebuah restoran Padang. Di situ saya dihidangkan dengan sate Padang, di samping pelbagai lauk pauk yang lain. Saya mengambil kesempatan memakan sate Padang yang dihidangkan. Saya dapati kuah kacang sate Padang hanya masin saja; tidak manis dan enak seperti kuah sate Kajang.
Pada tahun 2003 pula saya dan isteri mengikut rombongan melawat Bukit Tinggi dan Padang. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, kami singgah untuk makan tengahari di satu tempat, mungkin Padang Panjang. Di situ kami dihidangkan dengan sate Padang, di samping pelbagai makanan lain. Satenya agak besar, tapi penuh dengan lemak. Dalam keadaan biasa, saya agak takut memakan sate yang penuh dengan lemak seperti itu. Tapi kerana lapar saya makan juga dua tiga cucuk. Kuahnys sama sahaja dengan kuah sate yang saya makan di Medan pada tahun 1990. Ia tidak manis dan enak seperti kuah sate Kajang
Bukan Sate Kajang yang Asli
Pertama kali saya memakan sate Kajang, kalau tidak silap, pada tahun 1978 yang lalu, ketika saya baru berpindah dari Kuala Lumpur ke Semenyih, yang tidak begitu jauh dari pekan Kajang. Saya makan sate di kedai Haji Tasman, pelopor sate Kajang asli, walaupun saya tidak ingat masa itu Haji Tasman masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Sate Kajang Haji Tasman yang saya anggap sebagai sate Kajang asli besar-besar, dan kuihnya agak manis. Memang rasanya sedap sekali.
Sekarang sate Kajang Haji Tasman agaknya diwarisi oleh seorang ahli keluarganya, iaitu Haji Samuri yang sudah mempunyai kedai sate di pelbagai tempat, di samping kedainya yang terbesar dan utama di Bangunan Dato' Nazir Kajang. Tapi jelas ia bukan lagi sate Kajang yang asli.
Kini di sekitar pekan Kajang dan Bandar Baru Bangi banyak restoran lain yang menjual sate. Sate itu memang ada juga yang enak, walaupun penjualnya bukan keturunan Haji Tasman. Semuanya mungkin boleh disebut sate Kajang, tapi sate itu bukanlah sate Kajang yang asli.
Wednesday, July 31, 2013
Membaca buku Hamka, Kenang-Kenangan Hidup
Pada tahun 1950-an dahulu, ketika saya mula membaca buku-buku Indonesia, pembacaan saya lebih tertumpu kepada buku-buku novel, cerpen, sajak dan esei. Saya tidak begitu berminat membaca buku-buku biografi dan autobiografi, walaupun saya ada juga membelinya sebuah dua. Oleh itu, buku autobiogrfi Hamka, Kenang-Kenangan Hidup, yang diterbitkan dalam empat jilid, telah saya abaikan begitu saja.
Pada tahun 2009, buku Hamka, Kenang-Kenangan Hidup itu telah diterbitkan oleh Pustaka Dini, Kuala Lumpur dalam satu jilid tebal, iaitu setebal 700 halaman, dan saya telah membelinya. Bagaimanapun, buku itu tidaklah saya baca secara keseluruhannya dengan serta merta .
Hanya dalam bulan Julai 2013 ini saya cuba membaca buku tebal itu dari mula sampai akhir. Rupanya buku Hamka yang berkenaan memang sangat menarik. Saya telah baca Bahagian Pertama, tentang pengalaman beliau masa kecil, Bahagian Dua tentang pengalaman beliau sebagai pendakwah dan pengarang, dan Bahagian Tiga tentang pengalaman beliau pada masa Jepun. Sekarang saya sekarang membaca Bahagian Empat, iaitu tentang pengalaman beliau pada zaman kemerdekaan.
Saturday, July 27, 2013
Mengapa saya dibinkan dengan Lamry dan bukan Ramli?
Barangkali selain daripada nama ayah saya yanag ditulis sebagai Lamry dalam surat beranak saya, hampir tidak ada atau sangat sedikit orang lain yang bernama Lamri. Saya teringat satu masa dahulu ada seorang pegawai tinggai kerajaan di Sabah bernama Lamri. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang teman wanita di facebook yang nama bapanya bernama Lamri (Suhada binti Lamri). Itu sahaja nama orang bernama Lamri yang saya temui.
Bagaimanapun, nama bapa sebenarnya ialah Ramli, dan adik-adik saya semuanya dibinkan dengan "Ramli"; hanya saya seorang yang dibinkan dengan Lamry (Tak tahu mengapa ejaannya Lamry dan bukan Lamri).
Saya dibinkan dengan Lamry dan bukan Ramli, mungkin kerana masa melaporkan kelahiran saya dahulu, bapa saya memberitahu pegawai polis yang mencatatkan laporan itu bahawa namanya ialah Lamrik dan bukan Ramli. Ini kerana ayah saya adalah orang Banjar dan di kalangan orang Banjar memang biasa nama Ramli itu diterbalikkan menjadi Lamrik.
Oleh kerana ayah saya melaporkan namanya Lamrik, maka pegawai polis berkenaan menulis dalam surat beranak saya bahawa saya dibinkan dengan Lamry dan bukan Ramli. Yang aneh sedikit dia menggunakan ejaan Lamry dan bukan Lamri.
Sejak itu nama saya dalam pendaftaran sekolah, dalam kad pengenalan, buku simpanan bank dan pasport antarabangsa dll semuanya dicatatkan "bin Lamry".
Nama Lamry ini tentu agak janggal. Pada masa saya di bangku sekolah rendah dahulu ada guru saya yang bertanya mengapa saya dibinkan dengan Lamry, kerana dia tahu nama bapa saya ialah Ramli.
Setengah-setengah pihak yang berhubung dengan saya, kadang-kadan mengubah nama ayah saya menjadi Lambri (mereka tambah huruf b). Mereka tak yakin nama ayah saya ialah Lamry.
Sesetengah kawan pula ada yang bergurau dengan mengatakan saya anak Sang Lamri (nama binatang).
Pada masa dahulu, saya ada kalanya merasa tidak selesa dengan nama bin Lamry ini. Tapi oleh kerana untuk mengubah nama saya dalam pelbagai dokumen agak rumit, nama itu saya biarkan sahaja. Sekarang sudah biasa, dan nama itu pun mungkin ada keistimewaannya, kerana keganjilannya. Jadi saya biarkan sahaja.
Hanya ada kalanya dalam keadaan tertentu, misalnya ketika saya hendak menuntut tanah/harta pusaka, saya terpaksa membuat surat sumpah bahawa saya anak Ramli. Jadi saya boleh juga dibinkan dengan Ramli, di samping bin Lamry dalam kad pengenalan dan dalam dokumen lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)