Kurang 5 minit pukul 10 saya pergi ke sebuah pasar saya di Taman Kajang Utama yang pemiliknya dan pengurusnya ialah orang Cina.
Taukeh berkenaan atau pengurus pasar raya itu sedang membuka pintu pasar raya.
Saya dan beberapa orang lain masuk ke pasar raya itu kira-kira pukul 10.00 pagi.
Lebih sedikit pukul 10 saya pergi ke kaunter pembayaran dengan dua barang yang saya beli. Akan tetapi, juru wang belum datang. Saya diminta menunggu.
Beberapa minit kemudian, mungkin lebih 5minit, baru juruwang datang. Dia seorang wanita Melayu.
Nampaknya taukeh Cina lebih dahulu datang daripada pekerja Melayu.
Thursday, August 30, 2012
Wednesday, August 29, 2012
Bangku buruk di Pejabat Pos
Beberapa hari yang lalu saya pergi ke Pejabat Pos di Hentian Kajang. Saya pergi sebelum pukul 8.30 pagi. Jadi masih ada lot parking di kawasan tersebut.
Beberapa tahun yang lalu, Hentian Kajang yang menempatkan Pejabat Pos tersebut masih agak lengang dan sunyi. Dan Pejabat Pos tersebut adalah tempat yang paling mudah untuk saya membayar bil dan lain-lain.
Akan tetapi kini, Hentian Kajang yang menempatkan juga Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imegresen dll sudah begitu sibuk. Nak parking kereta pun sudah susah.
Oleh kerana saya datang pagi, Pejabat Pos masih lengang dan saya cepat mendapat layanan.
Akan tetapi, yang saya agak musykil, bangku tempat duduk pelanggan nampaknya sudah begitu buruk. Patut benar bangku itu diganti dengan yang baru.
Di samping itu, walaupun Pejabat Pos dibuka pukul 8.30 dan kakitangannya pun sudah datang pada masa itu, tetapi mereka hanya mula melayan pelanggan kira-kira pukul 8.45. Saya tidak tahu mengapa.

Saturday, April 7, 2012
Siapakah yang membuka pekan Kajang?
Siapakah yang membuka pekan Kajang?
Mengikut cerita lisan, Kajang telah diteroka oleh orang Asli dari suku Temuan sejak tahun 1580-an lagi. Akan tetapi, mereka mungkin bermukim di situ hanya untuk sementara, dan kemudian berpindah ke kawasan lain atau ke kawasan hutan yang lain. Kajang yang pada mulanya merupakan kawasan hutan, mungkin menjadi hutan semula setelah mereka tinggalkan.
Ada juga sumber yang menyatakan bahawa Kajang dibuka oleh Encik Lili yang juga dikenali sebagai Toh Lili. Toh Lili dikatakan datang dari Riau pada tahun 1776 dan telah diambil oleh Sultan Mohamad sebagai salah seorang pengikutnya.Beliau dengan 6 orang rakannya membuka tanah untuk bertanam padi di Bukit Sungai Merbau (nama asal(?) yang kini dikenali sebagai Kajang.Beliau juga dibenarkan membuka lombong di Sungai Merbau. Beliau dilantik oleh Sultan sebagai Datuk Bandar Kajang yang mempunyai kuasa memerintah kawasan Sabak Dua hingga hilir Sungai Subang. Tapi tidak diketahui riwayat hidupnya dan keturunannya selepas itu.
Pada tahun 1800-an sekumpulan orang Mandailing dari Sumatera telah sampai ke Kajang. Mereka datang dengan tongkang dan sampai ke Kajang melalui kuala Sungai Langat. Ketua mereka ialah Raja Berayun, keturunan raja Mandailing, bersama anaknya yang bernama Raja Alang. Mereka menetap di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Jalan Mandailing. Jadi mereka boleh juga dianggap sebagai orang yang membuka pekan Kajang.
Sebahagian pengikut mereka kemudian meneroka kawasan lain dan bertanam padi di tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Paya Batu 14 (tidak jauh dari Jalan Mandailing sekarang).
Raja Alang kemudian dilantik sebagai ketua di kawasan itu. Sejak itulah kawasan itu diberi nama Kajang, kerana di situlah mereka mula-mula berpondok (membuat pondok) atau "berkajang".
Akan tetapi, Raja Alang tidak terus menetap di Kajang. Beliau kemudian berpindah ke Kuala Lumpur . Beliau pernah tinggal di alamat No.13 Jalan Raja Laut, dekat kawasan Chow Kit yang pada satu masa dahulu merupakan kampung orang Mandailing.
Raja Alang dikatakan merupakan seorang kaya di Selangor pada zamannya, kerana pernah dikurniakan tanah oleh Sultan Abdul Samad di Kuala Langat. Di samping itu, dia juga mempunyai ladang getah yang diberi nama Estet Raja Alang (tidak diketahui di mana atau di derah mana).
Raja Alang pernah membina sebuah masjid pada awal tahun 1900-an di pekan Beranang, Hulu Langat. Masjid yang diberi nama Masjid Raja Alang itu masih wujud sampai sekarang.
Raja Alang meninggal dunia pada 11 Disember 1927 dan dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Ampang. Namanya kini diabadikan sebagai nama jalan , iaitu Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia mempunyai cucu cicit yang ramai, yang mengetahui sedikit sebanyak riwayat hidupnya.
Kini Jalan Mandailing di pekan Kajang wujud sebagai bukti, bahawa satu masa dahulu, orang Mandailing yang diketuai oleh Raja Berayun dan Raja Alang pernah membuka tempat itu, membuat kampung di situ dan mungkin juga membuka kedai atau menjalankan perniagaan di situ.
Monday, February 20, 2012
Kampung Melayu di Kuala Lumpur yang hanya tinggal kenangan
Barangkali masih ada orang tua Melayu yang ingat, bahawa satu masa dahulu, mungkin di sekitar tahun 1920-an dan 1930-an (?) atau lebih awal sedikit dari itu, masih ada kampung Melayu di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur . Antaranya kampung Mandailing di kawasan Chow Kit, Kampung Rawa di Jalan Melayu dan Jalan Masjid India dan Kampung Jawa di sekitar Jalan Tun Perak.
Malangnya kini kampung-kampung itu sudah tiada lagi.
Sebagai tanda kawasan itu dulunya adalah kampung Melayu, maka kini ada beberapa jalan yang menunjukkan nama Melayu atau nama orang Melayu, khasnya Jalan Melayu di kawasan yang dulunya ialah kampung Rawa, dan Lorong Haji Taib 1-4 serta Jalan Haji Husin di kawasan Chow Kit.
Jalan Tun Perak sekarang yang dulunya terletak di kawasan kampung Jawa pernah diberi nama Jalan Jawa. Tapi nama Jalan Jawa sudah ditukar dan sudah tinggal sejarah.
Orang Melayu nampaknya hanya boleh bertahan di kawasan perkampungan itu ketika kawasan itu masih merupakan kawasan pertanian.
Apabila kawasan itu bertukar menjadi pusat perniagaan, dan mereka mesti menyesuaikan diri dengan ekonomi kewangan, mereka tidak dapat lagi bertahan di situ. Mereka menjual tanah mereka kepada orang Cina dan India yang pandai berniaga dan sudah biasa hidup dengan ekonomi wang, dan berpindah ke kawasan kampung seperti Gombak dan Ulu Kelang atau kawasan lain.
Dengan itu, lenyaplah kampung Melayu dari pusat bandar Kuala Lumpur. Dan kini hanya tinggal kenangan.

Sunday, February 19, 2012
Sutan Puasa dan pembukaan Kuala Lumpur
Sebagaimana yang diungkapkan oleh Prof. Khoo Kay Kim ( Utusan Malaysia, 18/2/2012) sebelum aktiviti perlombongan bijih dijalankan di Kuala Lumpur, orang-orang Mandailing telah membina penempatan di sekitar Sungai Gombak dan Sungai Klang, atau barangkali lebih tepat di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang.
Jadi Sutan Puasa yang berasal dari Sumatera dan menjadi ketua orang-orang Mandailing itu boleh dianggap sebagai orang yang mengetuai pembukaan Kuala Lumpur.
Di sekitar kawasan itu orang-orang Mandailing menjalankan aktiviti pertanian dan perdagangan.
Mengikut Prof.Khoo Kay Kim seterusnya, Sutan Puasa itu sendiri yang menjemput dua orang Cina, Hiu Siew dan rakannya Ah Sze Keledek dari Sungai Ujung berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan perniagaan.
Hiu Siew kemudiannya dilantik menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama dengan sokongan Sutan Puasa yang merupakan orang kaya Mandailing ketika itu.
Malah pelantikan Yap Ah Loi sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur ketiga turut mendapat sokongan daripada Sutan Puasa, walaupun di kalangan orang Cina ada yang menentang pelantikan itu.
Menjelang akhir hayatnya Sutan Puasa dikatakan menetap di Kampung Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit.
Sutan Puasa dikatakan meninggal dunia pada tahun 1905 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang.
Perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit itu agaknya terus wujud sehingga tahun 1940-an atau beberapa tahun selepas itu.
Seorang anak saudara Sutan Puasa yang bernama Sutan Mengatas atau Jaafar Sutan Sinombar mempunyai sebuah rumah yang agak besar di alamat No.41, Jalan Chow Kit pada tahun 1926.
Kini di sekitar Jalan Chow Kit ada empat batang jalan yang bernama Lorong Haji Taib 1,2, 3 dan 4. Saya belum mendapat maklumat yang jelas siapa Haji Taib. Akan tetapi, saya kira beliau adalah ketua atau salah seorang ketua orang Mandailing di kawasan itu pada masa yang lalu.

Friday, February 17, 2012
Dr. Asri sindir Hasan Ali?

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini (17/2/2012) terdapat artikel Dr.Asri yang bertajuk " Agama Sering Menjadi Mangsa".
Di bahagian akhir artikel itu, beliau menulis begini:
"Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja. Sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja. Jika Islam itu diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun, apabila Islam dipergunakan, bahasa Islam dinodai untuk tujuan tersendiri, hanya satu bangsa diperjuangkan dan raja sahaja yang dibela. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita? Demikian agama sering menjadi mangsa".

Meskipun Dr.Asri tidak menyatakan siapa yang dimaksudkannya, kita tahu orang yang berkenaan tidak lain daripada Hasan Ali.
Tuesday, February 14, 2012
Membaca memoir Syed Husin Ali
Saya mempunyai hubungan istimewa dengan Syed Husin, kerana saya adalah salah seorang yang membuat Ph.D di bawah seliaan beliau dari tahun 1982-1988. Tesis Ph.d saya yang kemudiannya diterbitkan oleh DBP dengan tajuk Paya Jejawi: Satu Kajian Antropologi Politik mendapat pujian daripada beliau dan kedua-dua pemeriksa luar dan mendapat hadiah sebagai tesis terbaik di UM pada tahun 1989.Beliau ada menjemput saya menghadiri pelancaran buku beliau Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali oleh Anwar Ibrahim di Shah Alam tidak lama dahulu. Akan tetapi, saya tidak hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Saya baru saja mengambil buku beliau daripada En.Chong Ton Sin di pejabat penerbitan SIRD di Petaling Jaya pada 11 Februari 2012 yang lalu, dan kini sedang membacanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)